BAB 11

1.2K 52 0
                                    

Baldi yang mengandungi air sejuk dan ais disimbah ke arah gadis yang diikat di atas kerusi.

"Argh sejuk!" Bibirnya bergetar dan mengangkat muka memandang wajah laki itu. Tajam matanya apabila mengenali siapa yang menculik nya.

"Kau." Diketap kuat bibirnya namun Aizat ukir senyuman sinis nya.

"Kenapa? Terkejut? Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu ja selepas kau dah culik aku? Kau salah orang Queensha Clara."  Aizat bukan calang calang orang. Walaupun dia seorang CEO tapi dia juga adalah fighters.

"Apa kau nak? Aku dah lepaskan kau dari kumpulan Yakuza apa lagi yang kau nak dari aku?" Senyuman sinis terukir tajam di bibir Aizat. Dia menunduk dengan wajah yang dekat dengan gadis tu.

"Aku akan buat kau keluar dari kumpulan jahanam tu.  Ni tempat aku, undang undang aku. Jadi kau dekat sini dengar arahan aku faham?" Sha memandang laki depannya ini dengan raut wajah yang merah tanda marah.

"Lepaskan aku lah! Kau ingat aku akan ikut cakap kau ke hah?!" Dia mahu memberontak tapi dawai yang diikat di lengannnya seperti menghiris kulit.

"Tak payah kau nak meronta lah Sha. Kau bukan lagi dekat Malaysia." Bekerut dahi Sha tidak faham dan memandang wajah Aizat kembali.

"Apa maksud kau?." Aizat tergelak sinis.

"Perlu untuk kau tahu?" Soalan berbalas soalan dan itu buatkan Sha bengang. Tekaknya terasa kering tapi hati nya panas.

Ternaik kening Sha apabila Aizat menghulurkan sebotol air dengan straw. Jejaka itu membuat isyarat agar minum. Dia tidak lah kejam kerna sewaktu dia diculik gadis ni lah yang menyuap nya makan.

"Lepaskan aku lah Aizat." Rayu nya. Niat mahu balik dan rehatkan diri tapi diculik sehingga dibawa kemana juga dia tidak tahu.

"Nak dapatkan kau pun susah inikan nak lepaskan? Hapuskan jelah angan angan kau yang aku akan lepaskan kau." Tidak salah dia lalu kawasan farmasi dan tidak sengaja ketemu gadis itu. Dia merancang mahu culik Sha pada malam itu juga.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now