"Aii takat takat bersuami ni berseri muka tu ya." Usik Nabila sambil mengacau air lemon tea nya.
"Kau tu bila pula?" Dijongket keningnya berkali kali. Nabila tersengih.
"Aku dengan hakim tengah kenal kenal. Tengok lah kalau okey, nikah." Selamba dia berkata dan tergelak.
"Aku tahu lah kau dah lama sendu." Nabila menjeling tajam ke arah sahabatnya. Memang jenis cakap straight tak belok belok.
"Kau ni sendu sendu tu slow lah sikit. Ni tak ada job baru ke? Aku dah lama nak buat job dengan kau." Nabila mengetuk meja dua kali.
"Ada " Bersinar mata Nabila dan menjongket keningnya tanda job apa.
"Dadah." Nabila tersenyum suka. Ada job tak ada lah bosan sangat.
"Bila job tu? Aku dah bosan ni asyik terperap dalam rumah tu ja." Jelas seakan dia tidak sabar untuk join job tersebut.
"Malam ni. Kul 9 kita pergi mansion dan terus gerak." Nabila menganguk setuju. Dah lama dia nak berkerjasama dengan Sha.
SHA melangkah turun dari tangga sambil mengeringkan rambutnya dan terkejut apabila pintu rumah dibuka.
"Assalamualaikum baby abangg." Aizat mendakap tubuh tu lalu dicium. Wangi betul isteri nya ini.
"Walaikumusalam. Awal balik harini." Dia mendongak melihat Aizat. Jejaka tu tersengih.
"Saja lah abang rindu isteri abang ni." Dicubit geram pipi bulat tu. Dah la dia tak boleh tengok sesuatu yang comel comel.
"Malam ni abang ada nak keluar mana mana?" Aizat mengeleng kepalanya. Baguslah dia nak ajak Aizat keluar.
"Kenapa sayang? Nak ajak keluar ke?" Sha menganguk kepalanya dan kening Aizat ternaik seolah bertanya kemana.
"Nanti abang tahu. Sekarang Sha nak pergi masak." Diatur langkah untuk ke dapur. Aizat turut mengikuti langkah isterinya. Sengaja nak menyibuk!.
AIZAT pandang isterinya yang tenang sahaja memandu. Tak seronok pula tak bersembang apa pun.
"Kita nak kemana ni sayang?" Sha menoleh sekilas ke arah nya sebelun menjawab persoalan itu.
"Ada lah. Dah tak jauh dah ni." Aizat kembali mendiamkan diri dan memandang ke hadapan. Hati nya membuak buak ingin tahu.
YOU ARE READING
QUEEN SILENT KILLER [C]
ActionAIZAT SHAH RAFIQ - Anak Tuan Ariff dan Puan Sellyn yang merupakan Jutawan berjaya. Dia juga merupakan CEO terkenal di seluruh pelosok dunia. Menjadi CEO yang terkenal amat mencabar bagi nya apabila menjadi buruan Mafia yang terkenal di Malaysia, Yak...