"Rizal, kenapa awak berdendam dengan Aizat?" Pudar senyuman di bibir Rizal. Jari jemari Sha dilepaskan dan wajahnya berubah garang.
"Aku tak suka dia lebih dari aku! Macam kau. Kalau dia dapat kau, aku pun akan dapat!." Digengam kuat penumbuk nya.
"Bawa istigfar Rizal. Kalau awak berterusan macam ni sampai bila bila awak tak akan rasa tenang." Jejaka tu menatap dalam mata biru itu.
"Percayakan saya kalau awak buang sifat dengki dalam diri, awak akan rasa lapang." Sha cuba untuk memujuk Rizal. Silap langkah boleh maut.
"Boleh, kalau kau cerai dengan Aizat dan kau kahwin dengan aku." Tergamam Sha. Mana mungkin dia akan tinggalkan Aizat yang dia sudah cintai.
"S..saya tak boleh." Digeleng kepalanya. Rizal mencekik leher Sha. Terkejut dia bila leher dicekik dan dia meronta ronta.
"A..awak lepas!" Rizal tersenyum sinis.
"Ikut cakap aku kalau kau tak nak ma-"
BAM!
"Lepaskan bini aku Rizal! Dia tak ada kaitan antara kita dua." Amuk Aizat. Berkat pertolongan anak buah Ayahda mertua nya, dia dapat kedudukan isterinya.
"Hero dah datang nak selamatkan Cinderella." Rizal melepaskan tangan nya yang mencekik leher Sha. Tercungap cungap gadis tu mencari nafas.
"Kita settle cara jantan." Aizat memandang tepat ke arah Rizal yang tersenyum sinis. Aizat bersiap sedia apabila Rizal mula datang ke arah dia.
Sha cuba untuk buka gari di kaki nya. Dia melihat ke arah suami dan Rizal yang berlawan antara satu sama lain.
Aizat menumbuk wajah Rizal dan dilempar ke arah dinding. Turun naik nafas nya kerana amarah.
Pintu bilik tu diterjah oleh anak buah ayahda. Mereka memegang Rizal dan digari sebelum dibawa keluar.
Nak di ikutkan dah lama mereka mahu tangkap Rizal tapi Aizat mahu memberi pengajaran pada sepupu lelaki nya itu terlebih dahulu.
"Sayang! Ya Allah sayang tak apa apa kan? Anak kita?" Jelas terpancar riak risau di wajah Aizat. Dia menyentuh perut Sha.
"Sha okey abang dia tak sempat buat bukan bukan." Aizat hela nafas perlahan dan mendakap tubuh tu erat. Syukur alhamdulillah isteri dan kandungan tu selamat.
YOU ARE READING
QUEEN SILENT KILLER [C]
ActionAIZAT SHAH RAFIQ - Anak Tuan Ariff dan Puan Sellyn yang merupakan Jutawan berjaya. Dia juga merupakan CEO terkenal di seluruh pelosok dunia. Menjadi CEO yang terkenal amat mencabar bagi nya apabila menjadi buruan Mafia yang terkenal di Malaysia, Yak...