BAB 58

757 32 0
                                    

Perlahan lahan mata dicelikkan memandang tangan nya yang digari.  Sha menghela nafas perlahan. Tak sangka laki ni selicik ini.

Terasa pening kepala dia. Entah cecair apa yang laki tu campur sampai dia rasa macam dunia dia berputar.

"Bagus, kau dah sedar." Sha menoleh ke arah jejaka itu yang melangkah masuk.

"Khaizayn." Nama jejaka tu keluar dari mulut Sha. Zayn tersenyum sinis. Nampak nya gadis ni tahu nama dia.

"Tak sangka, mangsa aku kalini polis." Dia ketawa kuat dan memandang marah ke arah wajah cantik itu.

"Berapa banyak orang lagi kau nak dendam Zayn?" Mata biru tu memandang ke arah mata brown Zayn.

"Sampai aku puas! Aku akan bunuh kau pula biar semua polis serik! Nak kacau aku." Kata nya penuh rasa dendam dihati. Sha mahu bangun tapi tangannya terikat.

"Sampai bila bila kau tak akan puas Zayn. Berhenti buat kerja kotor ni." Zayn bengang dan mendekati Sha. Ditekan kuat bahu kiri tu sehingga Sha menjerit sakit.

"Kau siapa nak halang aku hah!" Nafas Sha termengah mengah. Tak dapat dia tahan air mata dari mengalir. Sakit!.

"Aku hanya manusia yang nak tolong manusia lain dari perbuatan kejam ni." Sha masih tetap mahu berlawan. Zayn menampar wajah tu dengan kuat.

"Kau diam lah!"  Tengking Zayn dan mencengkam rambutnya sebelum mendengus kasar.

Sha hanya diamkan diri setelah makan penampar. Dia kena redha kalini. Bahu nya berdenyut sakit. Dia cuba sedaya upaya unuk lepaskan tangan nya dari gari walaupun pedih tapi dia tetap cuba.

Terasa lega bila tangan kanan berjaya lepas. Dipandang Zayn yang membelakangi nya. Baju di bahu diselak dan penuh darah.  Dipejamkan mata nya dengan kepala ke arah siling.

Hilangkan lah rasa berdenyut nii. Sunguh buat dia terseksa. Zayn menoleh ke belakang dan terkejut gari di tangan kanan Sha terlepas. Baru dia hendak menengking terus tidak jadi apabila melihat wajah tu berkerut menahan sakit di bahu. Tangan kanan tu pula merah akibat cuba lepas dari gari.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now