BAB 37

853 35 0
                                    

Dilabuhkan punggung di atas pasir bawah pokok sambil memandang ke arah pantai. Angin meniup lembut wajah nya.

Fikirannya melayang entah kemana dan berfikirkan apa yang bakal dia lalui setelah ini.

Tiba tiba tubuhnya ditarik kasar dari arah belakang. Dia meronta ronta namun dia ditarik masuk ke dalam sebuah kereta serta  lehernya dihentak.

SEDAR sedar saja dia di sebuah bilik. Terasa sakit di belakang tengkuk nya. Tangan kiri mahu mengusap tengkuk tapi rasa seperti digari di kepala katil.

Dia sudah agak sekarang dia berada di markas Yakuza. Dipandang sekeliling. Pintu yang dibuka membuatkan dia menoleh. Rionz.

"Nice to meet you again Sha." Terukir senyuman sinis di bibir jejaka tu seraya kaki melangkah mendekati. Sha memilih untuk diam sahaja.

"Mesti kau tahu apa aku nak buat dekat kau kan." Tangan kanan naik mengengam penumbuk dan memandang kembali ke wajah tenang Sha.

Rionz melepaskan ketawa nya dan memandang Sha dengan gigi taring jelas kelihatan.

"Kau ingat lepas aku masuk dalam lokap tu kau boleh seenak enak nya? Tak Sha. After what you have done, I will not release you." Disebalik mata itu dapat Sha lihat api yang membara. Tetapi dia? Tetap diam.

"Aku akan seksa kau cukup cukup." Gigi diketap kuat dan mengatur langkah ke arah meja. Terdapat beberapa peralatan tajam disitu.

Rionz datang semula dengan pisau di tangannya. Dia naik ke atas katil dan memandang wajah putih tu.

Jejaka tu terpandang akan tangan kiri Sha yang berbalut. Dia pandang wajah Sha yang masih pandang dia.

"Jangan buka." Larang Sha bila Rionz mahu membuka balutan tu. Doktor sudah pesan pada nya jika mahu cuci luka saja baru buka bandage tersebut. Luka terhiris pisau masih belum sembuh sepenuhnya.

Rionz tidak peduli malah tetap membuka nya sehingga terserlah jahitan yang masih baru.

Terukir senyuman sinis di bibir nya dan dipandang wajah Sha yang sudah berubah riak.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now