BAB 71

778 31 0
                                    

"Makin tak ada masa lah kau nanti Sha. Dah pegang CEO pastu handle kes lagi. Suami kau lagi. Aku ni sorang jaa" Nabila mengacau air dalam gelas nya. Sha menjulingkan mata nya menyampah.

"Tu si Hakim kau mana? Hilang dah?" Dengar saja nama Hakim tersenyum Nabila dibuatnya.

"Ada jaa. Dia tu macam Sweet talker ada ja ayat manis dia bagi nak buat aku blushing." Katanya. Setiap kali berjumpa atau bermesej pasti diberi ayat ayat yang buatkan dia memerah muka.

"Setakat ayat manis, mana cincin di jari manis hm?" Sha angkat kening dan Nabila menghela nafas perlahan.

"Kau ni sabar lah kejap tak boleh ke? Aku bukan tak nak kahwin lagi cuma aku nak kenal dulu Hakim tu macam mana. Cepat bosan ke tidak." Sha angguk kepalanya faham. Dia tahu sangat dengan perangai kawannya sorang ni. Jika mahu berkenalan pasti mau ambil masa yang lama.

"Dah berapa lama kau kenal dengan dia?" Kening dijongket kan sekali lagi. Nabila diam seketika seperti mengingati.

"Dalam tiga bulan lebih macam tu. Eish aku tak tahu lah nak terima ke tak sebab ada dia confess suka dekat aku tapi aku macam tukar topik." Keluhan kecil terbit dari mulut Nabila. Bukannya dia tidak punya perasaan terhadap Hakim cuma buat masa sekarang dia belum bersedia untuk ada kekasih hati.

"Terpulang pada kau Nabila sama ada nak terima sekarang atau kau nak kenal dia lagi lebih lama sebab orang hanya bertahan tiga bulan saja dan yang selebihnya kalau dia masih effort yang sama macam awal it's mean he love you." Tutur Sha dengan riak seriusnya. Soal hati dan perasaan tidak boleh dibuat main kerna boleh mengakibatkan mana mana pihak terasa hati.

"Nanti aku fikirkan balik. Hm kau dengan Aizat macam mana? Okey ke semua?" Soal Nabila pula yang ingin tahu rumah tangga sahabatnya.

"Everything is fine cuma masa aku pertukaran CEO tadi PA Aizat call bagitahu yang Tini nak goda dia dengan pakaian yang tak cukup kain plus ketat." Mengingati hal tadi buatkan hati yang sejuk kembali panas. Mahu tak panas suami aku tu.

"Dah kenapa nyah. Lagipun kau ada cerita yang Aizat kenalkan kau dekat dia kan takkan itu pun masih nak kejar dah macam tak ada maruah diri pula buat macam tu." Nabila juga turut bengang dengan tindakkan staff baru Aizat. Baru dua hari dah buat perangai.

"Mungkin dalam mind set dia yang berkahwin boleh cerai that why dia goda Aizat. Nasib baik lah suami aku tu iman tebal juga kalau senipis kertas tu aku tak tahu lah apa jadi." Tangan kiri naik memegang dahi.

"Syukur kau dapat suami yang tak tinggal solat walaupun dia pernah ambil kau cara kotor tu biarlah jadi kisah silam yer. Aku tengok korang dua bahagia aku pun tumpang bahagia." Sha tersenyum mendengar kata kata sahabatnya. Kepala dianggukan.

"Oh ya bonda ayahda kau bila nak balik sini? Lama betul dekat luar negara." Nabila menolak air nya ketepi.

"Ini yang aku risau. Nak ikutkan outstation diorang dah lama habis. Jangan buat kata honeymoon sudah tak pepasal aku dapat adik baru. Weih sudah lah aku umur 23 nak dapat adik pula? Memang tak lahh." Terlepas ketawa kecil dari mulut Sha.

"Abang kau dua orang tu? Lama tak dengar khabar." Nabila berkerut dahi dan baru dia teringat yang dia ada abang. Aduh lupa dah maklumlah dah tua.

"Ada la diorang cakap nak balik bulan depan. Bukan main terkejut lagi diorang dengar kau dah kahwin sudah lah tak jemput." Sha mengeleng kepalanya. Macam mana nak jemput? Kahwin pun mengejut.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now