"Kami berterima kasih sangat dengan kamu Sha. Kalau kamu tak bebaskan Aizat mesti dia takkan ada dengan kami." Mama mertua nya, Puan Sellyn menyentuh tangan Sha.
"Tak jadi masalah pun mama. Dah tugas Sha." Diukir senyuman nipis nya. Ayahda Cay disebelah Sha mengusap rambut anak nya perlahan.
"You did a great job Sha. Walaupun kamu balik dengan cedera sebab training tapi kamu tetap nak tolong Ayahda." Gadis tu tersengih. Jangan lah bagitahu tak pepasal Aizat dah pandang dia tajam. Terbongkar sudah kedegilan nya.
"Degil juga anak ayahda ye" sindir Aizat dan mereka semua melepaskan ketawa disitu mendengar kata kata Aizat. Sha pandang Aizat tajam. Saja nak cari gaduh lah tu!.
"Sha ni memang degil Aizat. Sebijik macam arwah bonda dia yang kuat merajuk dan keras kepala. Ayahda pula suka sungguh menyakat." Teringat pula dia pada arwah isterinya. Rindu akan tingkah laku wanita yang berhasil mencuri hati nya. Tidak terdetik dihati nak cari wanita lain untuk mengantikan tempat arwah isteri.
"Ayahda jangan lah sedih." Kata Sha. Dia tidak mahu ayahda dia sedih di situasi beramai ramai bergini. Jika ayah dia sedih, dia pun ikut sedih.
"Oh ya majlis resepsi bila nak buat Aizat?" Ayahda segera mengalih topik bagi menceriakan suasana.
"Tak rancang lagi. Saya cadang nak kenal dengan Sha dalam seminggu dua lagi. Lepas tu mungkin akan bincang tentang resepsi. Mana lah tahu orang tu tak boleh terima kita lagi." Sekali lagi dia memerli Sha yang sudah merah padam.
"Abang memang nak cari pasal dengan Sha kan?" Terkelu lidah Aizat bila Sha memanggil nya abang. Rasa nak tercabut keluar saja jantung ni. Lemah mak!.
"Abang gurau jelah sayang." Dia kembali menyambung makan walaupun mulut rasa nak tersenyum saja.
"Kamu berdua nak tidur sini ke?" Sha terus pandang ke arah Aizat apabila mama bertanya.
"Rasanya belum lagi, as you know. Aizat nak kenal Sha lebih dekat." Puan Sellyn menganguk faham dan menyetujui sahaja.
YOU ARE READING
QUEEN SILENT KILLER [C]
ActionAIZAT SHAH RAFIQ - Anak Tuan Ariff dan Puan Sellyn yang merupakan Jutawan berjaya. Dia juga merupakan CEO terkenal di seluruh pelosok dunia. Menjadi CEO yang terkenal amat mencabar bagi nya apabila menjadi buruan Mafia yang terkenal di Malaysia, Yak...