Telefon tidak henti henti berdering mintak diangkat. Aizat melihat nama pemanggil adalah Nabila dan dia menjawab dengan kasar.
"Aizat aku minta tolong kau balik sekarang!" Dahi Aizat berkerut hairan. Hatinya berdegup kencang seakan ada yang tidak kena.
"Kenapa Nabila? Apa apa jadi dekat Sha ke?" Dia sekarang ada di Perak dan kemungkinan kawan kawan nya yang bagitahu Nabila.
"Sha accident! Kritikal!" Bagaikan batu besar hempap ke dada nya. Terasa bagaikan dunia berpusing mendengar khabar berita tersebut.
"Kau tak bergurau kan?" Mana tahu Sha ingin mengenakan diri nya tapi dari suara serius Nabila seakan dia tidak bermain main.
"Kau ingat aku ada masa ke nak bergurau dengan kawan aku tengah bertarung nyawa dalam sana?!" Meninggi suara Nabila dan Aizat terus bangun mengemas barangnya untuk pulang.
Ya Allah sayang, maafkan abang sebab tinggalkan sayang. Perasaan bersalah mula menebal. Sepatutnya semarah apa pun dia tidak boleh larikan diri.
GUGUR air mata Nabila melihat keadaan Sha yang dibantu dengan alat pernafasan. Kepala nya berbalut dengan luka ditepi dahi. Lengan gadis tu juga terdapat kesan kesar calar yang agak panjang.
"Aku harap kau kuat Sha. Kenapa kau tak bagitahu aku kau tak sihat? Muka kau pucat." Sebak dada nya melihat. Ayahda dan orang tua Aizat ada datang melawat tapi sudah pulang kerana sudah lewat malam.
Sosok tubuh Aizat langsung dia tidak nampak. Apabila teringat wajah Ayahda Sha sungguh buatkan dia rasa nak nangis. Kerisauan, kesedihan terserlah di wajah tua Tuan Cay.
Derapan kaki yang laju melangkah membuatkan kepala Nabila menoleh melihat orang tersebut.
"Puas larikan diri?" Sinis bicara Nabila dan Aizat menunduk kesal dengan nafas tercungap cungap. Dia tahu dia salah kerna meninggalkan Sha bergitu saja.
"Sha jadi Assassin's sebab nak cari pembunuh bonda dia. Bila dia dah terjebak dengan dunia gelap dia tak boleh lari dari musuh yang cuba nak bunuh dia. Aizat, kalau kau nak tahu. Dia takut sangat bila suatu hari nanti kau dapat tahu hal sebenar kau akan bencikan dia. Dia tahu kalau guna undang undang memang susah untuk dia cari pembunuh bonda dia tapi bila di dunia gelap, dia bebas." Nabila mahu jelaskan semuanya agar salah faham ni tamat.
"Sha pura pura handle kes kematian walaupun dia yang buat sebab dia tak nak orang tahu siapa dia sebenarnya. Dia tahu benda tu salah tapi dia cuba untuk berhenti demi kau Aizat. Dan dia bunuh orang pula atas arahan orang. Sha penuh misteri sebab itu kau perlu korek semua nya dan ubah dia." Nabila pandang wajah suami kawan baik nya. Dia juga mahu berhenti dari dunia gelap itu tapi semua itu memerlukan proses yang agak lama.
"Sha cari kau Aizat. Dia ada bagitahu yang dia demam dan aku tak sangka yang dia akan keluar cari kau sehinggakan accident." Aizat terkelu lidah mendengar semua tutur bicara Nabila.
YOU ARE READING
QUEEN SILENT KILLER [C]
ActionAIZAT SHAH RAFIQ - Anak Tuan Ariff dan Puan Sellyn yang merupakan Jutawan berjaya. Dia juga merupakan CEO terkenal di seluruh pelosok dunia. Menjadi CEO yang terkenal amat mencabar bagi nya apabila menjadi buruan Mafia yang terkenal di Malaysia, Yak...