Aizat meraup rambutnya ke belakang dan memandang Sha yang erat mengengam penumbuk sehingga badan gadis tu mengigil. Dia tahu amarah Sha tercabar tapi salahnya juga kerna naik tangan.
Tidak dapat dinafikan memang berpunca daripada dia. Perlahan langkah diambil untuk mendekati isterinya.
Tubuh tu diraih ke dalam pelukkan nya dan diusap perlahan belakang isteri agar bertenang.
"Bertenang isteriku." Bisik Aizat lembut di tepi telinga isterinya.
Dapat dia rasa tubuh yang mengigil tadi beransur tenang semula. Pelukkan semakin dieratkan.
"Abang sayangkan sayang. Sayang sangat." Seperti ingin memujuk, belakang rambut si isteri diusap perlahan.
Tangisan kecil di dada nya dapat dia dengari. Itulah perempuan, jika kalah dengan kemarahannya pasti air mata menjadi kesudahan.
"Abang minta maaf ya?" Pelukkan nya dibalas oleh Sha. Dia tahu isterinya tidak kuat seperti orang fikirkan. Wajah yang dingin tu tidak menunjukkan hati nya tidak lemah. Cuma saja dia kentalkan hati agar kelihatan kuat.
"I am here with you babygirl. Abang boleh jadi tempat untuk sayang bersandar. Percayalah, niat abang baik untuk sayang jauhkan dari kumpulan mafia tu. Tentang ayahda sayang, biarkan abang yang selesaikan." Dileraikan pelukan nya dan diusap pipi yang makan penampar nya sebentar tadi.
"Lapar? Nak abang pesankan makanan?" Gadis tu hanya diam saja. Namun bagi Aizat jika diam bermaksud Ya. Pantas telefon dicapai.
Baru Aizat perasan hujung baju nya digengam oleh jari kecil isteri nya. Terbit senyuman kecil di bibir Aizat. Comel saja jari jemari itu.
"Abang dah pesan jadi sayang sini duduk." Sha hanya akur saja. Aizat mahu ketawa tapi tidak sampai hati kerana hujung bajunya masih tidak lepas oleh Sha.
"Kenapa ni sayang? Masih marah dekat abang? Nak abang peluk lagi biar kemarahan sayang tu hilang?" Mata kelabu Aizat meredup memandang mata cantik isterinya.
"Macam mana dengan ayahda?" Aizat tersenyum dan mengusap rambut tu perlahan.
"Jangan risau ya, abang akan sembang dengan ayahda sayang nanti." Bukan itu yang Sha takutkan sekarang.
" I think you need to know what i do." Kening Aizat ternaik sedikit.
"Maksud sayang?"
"Aku bukan ahli group Yakuza." Aizat bingkas bangun dari duduknya.
YOU ARE READING
QUEEN SILENT KILLER [C]
ActionAIZAT SHAH RAFIQ - Anak Tuan Ariff dan Puan Sellyn yang merupakan Jutawan berjaya. Dia juga merupakan CEO terkenal di seluruh pelosok dunia. Menjadi CEO yang terkenal amat mencabar bagi nya apabila menjadi buruan Mafia yang terkenal di Malaysia, Yak...