BAB 49

840 34 0
                                    

"Mai lah makan dulu." Ajak Sha dan mereka yang berada di ruang tamu tu segera bangun ke meja makan.

"Sedap bau, Sha masak?" Tanya Ayahda dan Sha menganguk kepalanya.

"Ada yang mama masak juga." Mereka melabuhkan pungung di kerusi. Sha duduk disebelah suami nya dan itu mengundang kecemburuan dalam diri Fiona.

"Aizat, baca doa." Jejaka tu segera menadahkan tangannya dan membaca doa makan.

Setelah doa makan dibaca, mereka mula menjamu selera.

"Oh ya Ayahda, Rionz dengan Neon macam mana? Ada haritu diorang bagitahu Sha yang diorang nak pergi luar negara." Ayahda menganguk kepalanya.

"Dah ada suami pun sibuk dengan laki lain." Mata biru Sha tajam ke arah Fiona. Gadis tu yang seperti diperhatikan segera angkat muka dan terdiam apabila semua pandang dia tajam saja.

"If you didn't know everything, shut up." Kecut perut dia dengan suara datar Sha. Dia kembali menunduk.

"Kata nya pergi UK. Entah apa diorang buat dekat situ. " Balas Ayahda sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Sedap betul ayam masak merah ni. Siapa masak? Mama ke sayang?" Tanya Aizat dan menoleh memandang mama nya sebelum menoleh ke arah Sha.

"Isteri kamu lah yang masak." Kata mama dan Aizat tersenyum ke arah Sha.

"Memang tip top lah yang. Kalah mama." Dan dia mendapat tamparan di bahu oleh Sha.

"Apa cakap macam tu." Aizat tersengih sahaja seperti tidak bersalah.

"Kamu Aizat, macam mana dengan syarikat?" Soal Papa pada anak lelaki nya. Aizat mengangkat muka memandang.

"Semua okey ja ayahda cuma nanti Aizat kena pergi outstation dekat Perancis." Air teh ais diteguk. Sejuk tekak nya.

"I boleh ikut abang Aizat." Fiona mula menyibuk.

"Kenapa kamu pula yang nak ikut? Aizat kan ada isteri mesti lah dia bawa isteri dia. Boleh lah bercuti sekali dekat sana kan?." Aizat angguk kepalanya dengan kata kata mama. Fiona mengepal penumbuk nya erat dengan pandang benci ke arah Sha.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now