BAB 35

931 34 0
                                    

"Kenapa ni? Abang tengok macam sayang ada simpan sesuatu ja." Diusap rambut Sha yang baring di peha nya.

"Tak ada apa pun. Dah makan ke?" Tanya Sha mana lah tahu Aizat makan di luar sebelum balik rumah.

"Abang dah makan dengan kawan abang tadi. Abang ingatkan sayang keluar lama. Maaf ya?" Sha berkerut dahi hairan. Kenapa nak kena minta maaf pula ni? Aizat bukan buat salah.

"Kenapa nak kena minta maaf pula?" Dia mendongak memandang wajah Aizat. Dia akui lelaki ni mempunyai wajah yang kacak. Jawline nya jelas kelihatan jika dipandang dari arah tepi.

"Yelah kalau abang tahu sayang balik awal dah abang tapau balik makan sekali dengan isteri abang ni." Dicuit hidung mancung Sha.

"Tak apa lagipun tadi Sha pergi Cafe kan dah semestinya makan juga. Tak jadi masalah pun lah." Jawabnya dan Aizat tersenyum.

"Nanti bila bila sayang bawa abang pergi mansion Ayahda sayang boleh? Teringin juga nak tengok." Mohon nya dan Sha menganguk.

"Boleh tapi jangan bagitahu sesiapa pun lokasi mansion tu. Sebab kita tak tahu siapa yang kita boleh percaya. Jika musuh dapat tahu, senang diorang nak hancurkan mansion tu." Jelas Sha sekali gus memberi amaran dan Aizat menganguk faham.

"Cuba sayang cerita macam mana Ayahda boleh tubuhkan unit tu?" Perasaan ingin tahu mula membuak buak.

"Ayahda ada syarikat yang terkenal di seluruh dunia. Buat masa sekarang Ayahda buat kerja di mansion saja, jika ada kepentingan baru dia masuk. Sebelum Bonda meninggal, semua nya bahagia. Tapi satu malam tu, ada orang pecah masuk rumah." Nafas ditarik dalam. Aizat berhak tahu semua tentang keluarga nya.

"Disebabkan dengki dengan apa yang Ayahda ada, diorang nak bunuh kami bertiga. Masa tu bonda tengah mengandung kan adik. Bonda ajak Sha teman turun dapur sebab haus. Sha masa tu baru umur 7 tahun. Nak turun bawah memang takut lah." Aizat setia mendengar tanpa sikit mahu membuka suara.

"Tiba tiba Sha dengar orang pecah masuk rumah. Masa tu Ayahda tak ada sebab ada dekat negeri Perak untuk projek pembangunan baru selama 3 hari. Sha pergi lah tengok tapi belum sempat buat apa apa, Sha kena pegang dengan diorang. Sha nampak Bonda bergelut dengan diorang walaupun bonda tengah mengandung 4 bulan." Diketap kuat gigi nya.

"Disebabkan keadaan yang sesak dan rimas, salah seorang dari tiga orang tu tembak bonda. Tepat di perut dan dada. S..sha nampak semua nya. Tubuh Bonda jatuh ke lantai dengan d..darah yang banyak. B..bila bonda kena tembak, diorang larikan diri." Nada suara Sha mula bergetar dengan air mata mula bertakung bila mengingati tentang peristiwa tu.

"B..bonda sempat pesan suruh jadi perempuan yang kuat dan lawan musuh musuh jahat. B..bonda juga sempat pesan, jangan salahkan diri sendiri sebab tak mampu nak selamatkan bonda." Aizat mengusap rambut isterinya perlahan. Sebak dia mendengar cerita Sha.

"Sha bagitahu ayahda dan malam tu juga ayahda balik ke rumah. Selepas bonda meninggal, ayahda tekad nak tubuhkan satu unit agent rahsia dan cari dalang kematian bonda. Ayahda paksa Sha untuk masuk seni pertahankan diri dan bermain senjata tajam. Dalam umur yang masih muda, Sha dapat kawal kesemua nya." Mutiara jernih mengalir keluar dari pelupuk mata nya.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now