BAB 18

1.1K 47 0
                                    

Aizat melangkah masuk ke dalam lif dan punat 25 menjadi pilihan. Tangan kiri dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Keluar saja dari perut lif, mata staff disitu memandang ke arah nya dan menunduk hormat.

"Harini boss ada meeting." Tutur Zafrul dan dibalas anggukan oleh Aizat.

"Sepanjang aku tak masuk office ada apa apa berlaku?" Zafrul terdiam seketika sebelum mengeleng tanda tiada apa apa.

"Tak ada boss, everything fine!" PA nya tersenyum dan Aizat membuat isyarat jari agar keluar.

"Oh ya lagi satu, saya dengar Puan Lina dah berhenti kerja? Sebab apa ya?" Zafrul yang mahu keluar tu kembali menoleh semula.

"Ha ah betul boss. Tapi dia ada cakap bila boss masuk kerja, dia nak datang jumpa boss nak bagi surat letak jawatan. Mungkin sekejap lagi dia datang sebab Puan Feha dah call dia." Jelas Zafrul panjang lebar dan dia menganguk.

"Mungkin sekejap lagi dia akan bagitahu sebab kenapa dia nak berhenti kerja. Saya minta diri dulu kalau tak ada apa apa lagi." Sekali lagi dia mendapat anggukan dari boss nya. Setelah tu kaki mengorak langkah keluar dari bilik Aizat.

SEDANG Aizat fokus dengan kerja nya, dia disentakkan dengan telefon yang berdering. Dilihat nama pemanggil adalah Encik Mahdi. Sekuriti guard.

"Ya pak mahdi, ada apa? Kecoh dekat luar? Sekejap lagi saya turun." Panggilan segera ditamatkan dan diatur langkah cepat untuk turun melihat apa yang jadi. Dia mengunakan tangga kecemasan bagi cepat untuk sampai.

Sampai sahaja di lobi dia melihat orang yang berkerumun. Langkah segera dipercepatkan. Mereka yang melihat boss besar mereka datang segera memberi ruang.

Paling terkejut apabila melihat Sha yang berada depan Puan Lina dan depan gadis tu pula mungkin suami Puan Lina.

"Eh perempuan dah berapa kali aku larang kau untuk datang kerja dekat sini?! Kau ingat aku tak tahu yang kau nak mengatal dengan boss besar kau tu! Aku kerja aku boleh sara kau lah!" Baran Encik Wazir.

"Apa yang jadi ni?" Mereka menoleh ke arah Aizat yang tegang saja wajah nya.

"Kau boss besar kat sini kan? Aku nak kau pecat isteri aku sekarang jugak!" Aizat memandang wajah Puan Lina yang lebam di sudut bibir nya. Ini mesti Pak Wazir pukul.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now