BAB 65

775 34 0
                                    

Zayn keluar dari kedai tu setelah selesai membeli. Dilihat adik angkatnya yang memandang ke arah satu arah.

"Kenapa adik? Mana Aizat?" Soal nya apabila bayangan adik ipar tidak ada. Sha menunjukkan ke arah depan dimana Aizat sedang bercakap dengan tiga orang lelaki.

Entah kenapa Sha dapat agak yang tiga jejaka tu seperti mahu mencari gaduh dengan suami nya.

"Jom pergi sana" ajak Zayn. Baru dua langkah, mereka melihat Aizat bertumbuk dengan ketiga jejaka tersebut. Wajah nya cukup marah. Terkejut Sha melihat pergaduhan itu.

"You need to stop him, adik." Sha mengeleng kepalanya tanda tidak mahu. Nak dekat pun macam seram. Zayn menghela nafas perlahan.

"Pergi adik, hentikan dia. Aizat sayangkan kau dik tak mungkin dia akan cederakan isteri dia." Sha mendengus dan berlari mendekati Aizat.

"Abang stop abang." Sha menarik Aizat agar bangun dari atas tubuh lelaki tu. Dipeluk erat tubuh suaminya.

Mata kelabu Aizat masih ke arah Fadhil. Kesabaran nya tercabar kerana itu dia belasah Fadhil. Tak habis habis datang nak cari masalah sebab hal syarikat.

Dibalas pelukkan isterinya dan dicium pipi tu. Turun naik nafasnya.

"Are you okey abang? Ada luka ke?" Aizat mengeleng kepalanya tanda tidak. Tangan kanan naik mengusap pipi kiri Sha yang menunjukkan wajah tu risau.

"Abang okey sayang. Dah jom mesti Zayn dah tunggu." Digengam jari jemari isteri dan dibawa mendekati ke arah Zayn yang setia menunggu.

"Asal bro?" Zayn angkat kening nya.

"Biasa hal syarikat." Tenang Aizat berkata dan dibalas anggukan oleh Zayn. Mereka ke restaurant untuk isi perut dahulu sebelum balik.

"Zayn tinggal dekat mana nanti? Kalau tak ada rumah aku boleh beli kan." Zayn yang mendengar kata kata Aizat mengeleng kepalanya tanda tidak perlu.

"Ayahda suruh aku tinggal dengan dia sebab ayahda pun tinggal sorang kan." Kata nya dan kembali menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Baguslah tak ada ayahda sunyi lepas ni. Kau macam mana? Masih bertindak luar kawalan?" Jejaka tu kembali angkat muka. Hairan juga bila Aizat mahu berbual dengannya. Sha? Dah dapat makanan apa lagi tak ingat orang.

"Alhamdulillah dah boleh kawal diri. Oh ya, aku minta maaf sebab cederakan Sha haritu." Sha yang mendengar nama nya segera angkat muka dengan wajah tidak tahu apa apa.

"Tak ada apa sayang, makan lah." Sha kembali fokus makanan nya.

"Tak apa aku dah maafkan dah pun." Diusap kepala isterinya disebelah. Memang dah dapat makanan tak pandang mana dah. Bukan dia tidak tahu Sha bila tinggal dengan ayahda nya dulu kurang makan. Sekali tinggal dengan dia baru tahu pipi tu dah tembam.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now