"Bergitulah kisah nya." Terangguk angguk kepala Hakim dan Arfan bila mendengar penjelasan Aizat.
"Tak sangka kau yang anti perempuan boleh bertindak sampai macam ni sekali bila dah jatuh hati." Hakim mengukir senyuman sinis nya.
"Yang buat aku hairan kenapa dia selamatkan kau masa kau kena culik?" Soalan Arfan buatkan Aizat diam. Hakim juga turut memandang sahabatnya itu. Dia juga pelik.
Aizat hela nafas perlahan. Dia kenal dua kawan nya yang tidak heboh merata tempat. Dan dia harap diorang dapat simpan.
"Nak dipendekkan cerita she is an agent. Yang bekerjasama dengan polis dan ayahda dia, Cay." Terkejut mereka berdua.
"Cay? Tuan Cay?" Soal Hakim dan Aizat menganguk. Siapa yang tidak kenal Tuan Cay? Lelaki tu merupakan jutawan yang terkenal dan mempunyai sebuah syarikat.
"Aku bagi warning, kalau korang dua berani bukak mulut heboh sana sini bukan korang dua ja yang kena. Aku pun kena sekali." Keras amaran yang keluar dari mulut Aizat dan kedua jejaka tu segera mengangguk.
"Aish tak dapat lah aku nak tackle dia dah bini kau." Aizat ukir senyuman sinisnya.
"Berani buat lah." Arfan mengeleng pantas. Tak mau dia cari pasal dengan Aizat. Sudahlah jejaka tu fighter. Patah tengkuk dia nanti.
"Tapi dia boleh terima kau sebagai seorang suami setelah apa kau dah buat dekat dia?" Tanya Hakim dan Aizat mengeluh perlahan.
"Belum sepenuhnya tapi bila aku dekat dengan dia, dia dah tak menolak. Selalunya ada lah dia tepis bila aku nak sentuh." Terukir senyuman di bibir Hakim.
"Itu makna nya dia dah slow slow nak terima kau jadi kau jangan buat perangai pulak." Aizat geleng kepalanya perlahan.
"Aku ni bukannya kaki perempuan macam orang sebelah kau tu." Sindir Aizat dan Arfan menjeling ke arahnya.
"Kau tak payah sindir sangat lah." Arfan menolak lidah nya ke tepi dinding dalam mulutnya.
"Tahu pula nak terasa. Diri tu bila nak insaf? Berapa banyak perempuan yang kau dah permainkan hati diorang?" Kecut perut Arfan bila wajah dingin Aizat memandang ke arah nya. Dia hanya diam saja manakala Hakim disebelah menahan ketawa. Itu lah orang tegur tak nak dengar.
YOU ARE READING
QUEEN SILENT KILLER [C]
ActionAIZAT SHAH RAFIQ - Anak Tuan Ariff dan Puan Sellyn yang merupakan Jutawan berjaya. Dia juga merupakan CEO terkenal di seluruh pelosok dunia. Menjadi CEO yang terkenal amat mencabar bagi nya apabila menjadi buruan Mafia yang terkenal di Malaysia, Yak...