"Sha, kita kena pergi Mansion sekarang juga." Jelas suara Nabila di talian. Setelah tamat panggilan, dia bingkas naik ke bilik untuk bersiap. Sekejap lagi lah dia call Aizat untuk memaklumkan dia keluar sebentar.
Sampai sahaja disana, dia ternampak kereta Nabila yang terparking di kotak parking. Langkah segera diatur.
Anak buah Tuan Cay menunduk hormat pada Sha yang melangkah masuk ke dalam. Nabila yang duduk di kerusi tu segera bangun bila perasan kehadiran sahabatnya.
"Kenapa?" Tanya Sha setelah tiba dihadapan Nabila serta ayahda nya.
"Penjara yang diduduki oleh Yakuza, kosong!. Apa yang aku tengok cctv dekat balai polis, semua polis yang jaga dekat penjara tu semua tidur dan tiba tiba CCTV terus gelap." Cerita Nabila apa yang dia nampak di CCTV.
"Kau ada nampak sesiapa tak?" Nabila mengeleng kepalanya. Sha memandang wajah ayahda nya yang kelihatan kusut.
"Biar Sha dengan Nabila handle kes ni. Ayahda jangan runsing, you need to get enough rest. Sha tak nak ayahda sakit lagi." Ayahda Cay memandang wajah anak perempuan nya seraya ukir senyuman manis.
"Ayahda serah dekat kamu. Tapi ingat, jaga diri baik baik." Sha menganguk dan mengajak Nabila untuk ke bilik lain agar mudah untuk berbincang.
"Aku syak sesuatu." Kata Sha setelah tiba di bilik perbincangan. Kening Nabila terangkat tinggi.
"Dalam anggota polis tu tak mustahil tak ada ahli Yakuza. Kalau tak, takkan mudah macam tu ja Yakuza terlepas?" Nabila yang mendengar tu melopong. Ya tak ya juga! Mesti ada yang pembelot. Sungguh licik anak buah Yakuza.
"Dan Neon, pasti dia yang bagi arahan." Sekali lagi Nabila menyetujui kata kata Sha. Lelaki tu orang kuat Rionz, mustahil dia tidak handal untuk merancang strategi.
"Aku cuba untuk selamatkan Rionz dari berterusan buat macam tu tapi dia yang tak nak dan tetap nak teruskan amanah arwah ayah dia." Sha mengepal penumbuk nya erat.
"Setahu aku dia tak pernah bunuh orang kan?" Sha mengeleng kepalanya tanda tidak dan mengeluh perlahan.
YOU ARE READING
QUEEN SILENT KILLER [C]
ActionAIZAT SHAH RAFIQ - Anak Tuan Ariff dan Puan Sellyn yang merupakan Jutawan berjaya. Dia juga merupakan CEO terkenal di seluruh pelosok dunia. Menjadi CEO yang terkenal amat mencabar bagi nya apabila menjadi buruan Mafia yang terkenal di Malaysia, Yak...