BAB 36

878 34 0
                                    

"Berhenti lah sayang kalau tak kuat untuk cerita." Sha mengeleng kepalanya. Bila dah mula dia akan habiskan.

"Ayahda arahkan Sha untuk cari siapa yang rancang kematian bonda. 4 bulan juga Sha cari dan akhirnya orang tu tertangkap. Masa tu Sha rasa puas bila orang yang selama ni Sha dendamkan, dijatuhkan hukuman." Gigi diketap kuat menandakan bagaimana dendam nya dia pada orang yang meragut kebahagian mereka bertiga.

"Bila Ayahda tubuhkan agent rahsia, pihak polis minta mohon bekerjasama untuk selesaikan mana mana kes disebabkan agent agent ayahda mempunyai kepakaran yang handal." Aizat menunduk memandang wajah tu. Dikesat lembut air mata isterinya.

"Sekarang, sayang ada mama, ada papa, ada ayahda dan ada abang. You are not alone. Apa pun yang sayang hadap lepas ni, abang pun akan hadap sama. Kalau sayang nak menangis, bahu ni sentiasa ada." Dicium ubun ubun Sha. Gadis tu mengukir senyuman manisnya sehingga terserlah lesung pipit dikedua pipi.

Terasa lega hati nya bila dapat luah apa yang dia rasa selama ni. Sakit, sedih selama ni hanya hadap seorang diri sahaja.

"Lega sebab dah lepaskan semua?" Sha menganguk kepalanya. Aizat tersenyum dan dicubit pipi tu.

"Kalau tak mesti Sha ada adik kan?" Dia mendongak memandang wajah Aizat dan jejaka tu menganguk.

"Mesti comel macam sayang." Bibir merah tu merekah senyuman manis. Merah telinga Aizat melihat senyuman si isteri.

"Queen Syazura Cyla." Itu nama adik nya. Tapi sudah takdir yang adik nya bakal pergi bersama bonda.

"Cantik nama dia. Tapi tak sempat nak tengok." Aizat menepuk bahu Sha perlahan.

"Shh dah dah. Abang tak nak sayang sedih sedih macam ni." Diseka air mata tu dan diletakkan kepalanya di atas kepala Sha.

"I am here with you babygirl, don't crying again. It's hurt to me too." Bisik Aizat lembut. Sha memejamkan mata nya menepis perasaan sedih yang datang.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now