BAB 82

778 28 0
                                    

"Alhamdulillah sayang dah sedar. Abang minta maaf ya sebab tinggalkan sayang. Sayang nak makan apa? Bubur?" Pertanyaan nya hanya dibalas anggukan oleh si isteri. Pantas Aizat mengeluarkan telefon untuk mencari nombor Hakim.

Setelah panggilan bersambung dia menyuruh Hakim untuk membeli bubur di McDonald's. Mahu pergi beli tapi berat hati nak tinggalkan Sha yang baru sedar.

"Sekejap lagi Hakim datang hantar. Abang rindu dah sebulan lebih tak berbual dengan sayang." Dicium kedua pipi tu. Gadis itu hanya memandang wajah yang ia sangat rindui. Tanpa sedar air mata nya mengalir.

"Sayang, kenapa menangis ni?" Diseka lembut air mata itu. Terkejut dia bila tiba tiba mata itu berair.

"S..sha minta maaf. Sha t..tahu sha jahat." Perlahan namun Aizat dapat tangkap kesemua bait kata kata itu.

"Shh jangan cakap apa apa. Keadaan sayang masih lemah. Jangan risau ya? Abang akan tetap ada dengan sayang. Abang terima baik buruk sayang." Diukir senyuman kacak nya dan diusap jari jemari isteri bagi menyalurkan semangat.

Mata biru tu tepat memandang mata kelabu Aizat seolah olah memberi isyarat terima kasih. Jari jemari Aizat naik mengusap pipi itu.

"Assalamualaikum, Aizat ni bubur. Maaf lah lambat, orang boleh tahan ramai." Bubur itu bertukar tangan.

"Walaikumusalam thanks." Arfan juga turut ada di samping Hakim. Biasalah dimana ada Hakim disitu ada dia.

"Sayang, meh makan dulu ya? Abang suap." Dinaikkan kepala katil itu dan Sha menyelasakan dirinya.

Aizat membuka penutup itu dan di ambil sudu yang sudah sedia. Ditiup perlahan kerana bubur masih panas. Setelah dirasai dengan lidah nya sedikit bahawa sudah kurang panas, dihulur ke arah mulut isterinya.

"Fuh menyingle aku dekat sini." Arfan memusingkan badannya dan mencari dinding untuk melekat.

"Kau dah kenapa?" Hakim bercekak pinggang seperti emak emak yang memarahi anak.

"Mama, pan nak kahwin." Arfan meraung seorang diri di sudut dinding tapi tidak lah kuat sehingga menganggu Aizat dan Sha.

"Belajar setia dulu mau nak kahwin pun. Perangai pun dok keluar dengan merata perempuan." Bebel Hakim. Arfan hanya pasrah bila dibebel oleh Hakim. Nak buat macam mana dah dia sorang ja yang muda setahun dari Aizat dan Hakim.

"Tengah belajar lah ni" jawab Arfan taknak kalah. Kening Hakim ternaik ke atas.

"Belajar apa melekat dekat dinding dah macam cicak. Besar betul gorgon ni." Terukir senyuman sinis di bibir Hakim.

"Woi buat baik sikit. Kau yang suruh belajar setia kan? Ni aku tengah belajar dengan dinding lah." Tergeleng kepala Aizat melihat dua kawan nya itu.

"Sayang nak lagi?" Lembut nada suara Aizat bertanya dan Sha mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"Nak air." Aizat segera membantu Sha minum air mineral dengan berhati hati agar tidak tumpah.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now