1

3.8K 68 5
                                    

HAPPY READING SEMUA 🤍

Tangisan seorang gadis yang tersedu sedan kedengaran di sisi jalan yang sunyi kerana jam sudah pun menunjukkan lewat malam.

"Waaaa...hskhsk..kenapaaa..." gadis itu menangis terduduk. Matanya basah disebabkan air mata yang tak henti-henti mengalir menjadikan mukanya kelihatan sembab. Hatinya sakit seperti ditikam pisau berkali-kali. Kejadian pada waktu siang tadi menyebabkan gadis itu berasa sesak di dadanya.

Flashback,

Drttttt
Drttt

"Hi babe, buat apa tu?" nada seorang lelaki di seberang sana.

"Hiiii!!" Balas gadis itu, mesra.

"Takde buat apa-apa..hmm..boringlah duduk kat rumah sorang-sorang..ehmm..can we meet? I miss you so much.." ucap gadis tersebut dengan nada yang manja.

"You miss me that much huh?! Haha..then, lets catch up...come see me at my apartment."

"Ouu..you are so nakal..ok wait for me, i'm coming!"

Tuttt

Gadis itu buru-buru bersiap. Skirt pendek berwarna pink separas paha dan crop top sama warna dikenakan pas di tubuhnya. Bau perfume dior bersebaran di dalam bilik. Beg tangan jenama celine disandang di bahu. Dia melangkah keluar dari bilik lalu menuruni anak tangga dengan langkah yang laju.

"Cik?!" Panggil si pembantu rumah.

Gadis itu menoleh di saat kakinya sudah ingin menjejak keluar rumah.

"Ehmm..bibik..nanti bila papa anda mama balik bagitahu kalau saya nak study kat rumah kawan...cakap saya balik esok ye, bye!!" Teriaknya lalu pergi.

"Tapi cik, puan kata-..."

Belum sempat menghabiskan kata-kata bibik itu sudah terpotong. Gadis yang dipanggil 'cik' itu namanya Becky Armstrong, merupakan anak perempuan satu-satunya kepada majikannya. Hatinya susah sekiranya anak majikannya itu berada di luar tanpa pengetahuan kedua orang tua kerana sudah dipesankan oleh tuan besar untuk menjaga anaknya. Bukannya mereka tak tahu kalau gadis itu seorang anak yang tak menurut kata. Sering kali dia keluar waktu malam dan balik waktu pagi. Alasan yang sama juga diberi. Bibik hanya menggelengkan kepala kerana sudah masak dengan perangai anak majikannya itu.

Becky melambai-lambai memanggil teksi. Keretanya ada je di garage tapi dia malas nak drive.

" Encik, hantarkan saya ke alamat ini."

Encik teksi hanya mengangguk mengikut arahan. Senyuman mekar pada gadis itu masih melekat tanda tidak sabar untuk bertemu dengan lelaki idamannya. Dia juga sempat menghantar sebuah pesanan kepada boyfriendnya itu yang mengatakan bahawa dia akan sampai ke apartment.

Sesampainya di depan apartment mewah.

"Terima kasih encik, nah ini bayarannya..baki wang simpan saja ye.." katanya lalu pergi melangkah ke kawasan apartment tersebut.

Dughhh

Bahunya berlanggar dengan seseorang semasa hendak menaiki lift sehingga menyebabkan buku dan kertas kerja orang itu jatuh berselerak. Nampaknya mungkin orang itu terburu-buru seakan mengejar masa.

"Awwhh" perempuan itu memegang bahunya mungkin perlanggaran tadi sedikit kuat.

"Maaf cik, biar saya bantu.." ujar Becky, menutur kata maaf.

Just tell me you love meTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang