1

159 12 0
                                    

Aku berlari sekuat hati. Lari, lari dan terus berlari. Aku tak akan berhenti.

Lantaklah orang nak kata aku gila pun, aku tetap akan lari. Aku. Akan. Tetap. Lari.

Buk!

Dan larian aku terhenti. Bontot aku sakit. Sengau sampai ke pinggang.

"Are you crazy?" macam ada suara.

Aku menghiraukan halusinasi aku. Terus aku bangkit untuk terus menyambung larian aku tadi.

Sudah aku kata tadi, aku tak akan berhenti untuk berlari.

"Argh!" terjerit aku bila tiba-tiba aku terbang.

"Hey," aku menoleh ke belakang. Ha sudah!

"Don't look at me like that kiddo." mata yang bulat terus aku buat biasa balik.

Maka betullah suara yang aku dengar. Bukan halusinasi.

Mata aku menjamah segenap kawasan yang agak tersorok di taman permainan ini. Tak ada orang sangat.

Kalau ada pun di bahagian tengah yang memang kecoh dengan kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

Jadi, dah puas jamah pemandangan, jamah ciptaan Tuhan lah pula.

Baru nak jamah, bukan setakat terbang, sekarang dah bergerak. "Nak bawa aku pergi mana ni bro?"

Selamba aje dia bawak aku sambil cengkam belakang hoodie aku. Tak berat ke aku ni?

"Tak berat ke?" saje aku ajak dia bersembang. Nampak muka steady je bawak aku jalan-jalan.

Aku tak sempat nak perati muka mamat tiang lampu ni memandangkan tadi masa aku nak toleh, tahu-tahu dia dah jalan.

Langkah selamat, aku duduk diam, toleh depan.

Aku dah rasa lain bila dia bawa aku masuk makin dalam kawasan semak ni. Tapi tak tebal pun sebab kurang lima minit rupanya dah sampai kat satu kawasan taman perumahan setingkat.

Aku diturunkan dengan perlahan-lahan. "Answer my question."

Sambil membetulkan hoodie, aku menjawab, "Nope."

Aku tak gila. Aku dah jawab soalan dia.

"Yang lari macam orang gila tu kenapa?" soal dia sambil melingkarkan tangan di atas bahu aku.

Dia buka langkah, aku buka langkah. Dalam keadaan, perlahan jalan.

Fuh... feeling dating. dating dengan stranger.

Masalahnya, kenapa aku tak takut dengan dia?

"People said i'm fat. So..." dia mengangguk faham.

"Tak perlu ambil kisah dengan apa orang kata. Lagipun, celah mana gemuk kau ni?" satu lorong yang aku familiar dengannya kami tuju.

"Kau lelaki, mana nak faham." ini kalau aku cerita memang mengaibkan.

Takkan aku nak cerita seluar aku semua dah terkoyak kat celah kelangkang sekarang? Kan tu tanda aku gemuk tanpa diberi tahu.

"Ini rumah kau." rumah di hadapan kami ditunjuk.

Dan aku terkentut.

Saje je, aku terkejut. "Mana tahu?"

"Mulai hari ni, aku nak kau duduk dengan aku." dahlah tak jawab soalan aku, mengarah aku pula tu.

"Ikut kata aku atau kau terpaksa jadi bini orang malam ni." berkerut kening aku.

"Sebelum lapan malam, you better arrive at the destination. See ya." dan dia terus berlalu pergi.

Mr. Tiang Lampu [OG]Where stories live. Discover now