7

44 4 0
                                    

"Kau nak ikut aku beli barang tak?" lusa merupakan hari di mana Arfan akan terbang ke Sabah untuk satu jangka masa. Aku berlari anak mendekatinya yang sedang bermalas-malasan di atas sofa.

"Barang apa? Bila? Kat mana?"

"Come, sit here." Arfan bangkit dari baring lalu menepuk sofa kosong di tepinya. Aku sebagai tetamu menurut perintah.

"Aku nak beli barang nak pergi Sabah lusa. Sekarang. Dekat Sunway Pyramid?" aku rasa dia ke Sabah untuk belajar. Nak beli barang apa sampai ke Sunway Pyramid tu?

"Okey, aku bersiap." dalam kepala sudah tahu mahu pakai baju apa. Tinggal ambil dan gayakan sahaja.

"Pakai baju aku, please..." punah harapan. Entahlah aku, sejak aku tinggal dengan Arfan ni? Makin mengada dia.

Pasal baju tu, boleh kata baju aku tak luak sedikit pun duduk sini. Kalau boleh hari-hari dia nak aku pakai baju dia. Tak kesahlah baju siang ke malam nak tidur ke nak keluar ke, memang dia nak aku pakai baju dia.

Alasan dia? Suka bau minyak wangi dia bercampur dengan bau aku.

Apa punya alasan tu?

"Aku nak bagi kau pakai baju favourite aku, sumpah lawa gila." dia menarik lembut tangan aku masuk ke dalam biliknya.

Sehelai baju ditarik keluar dan aku ternganga besar. Apa kejadah?

"Tak lawak, Darren Arfan." aku mengerut kening.

"Hello ma'am. Semalam kau juga yang mangada nak jadi pikachu. Ini aku dah bagi, sila bertukar sekarang." hoodie kuning dengan hood bercorak muka pikachu lengkap dengan telinga panjang yang boleh ditegakkan ke atas dihulurkan kepada aku.

Oh! Menyesal aku menggesel pasal Arfan macam kucing parsi semalam gara-gara teringin nak jadi pikachu. Hujung-hujungnya aku sendiri yang menangis teresak-esak sebab tak mampu ada kuasa elektrik. Ini semua salah anime! Aku dah tak nak layan mana-mana anime dah lepas ni.

"Itu semalam! Hari ni dah tak!" dalam melawan pun, aku tetap rampas baju tersebut daripada tangan Arfan.

"Eleh... jual mahal." sempat dia cium bibir aku sekilas.

Ya kawan, sejak kes berlakon jadi couple hari tu, Arfan terbawa-bawa sampai sekarang. Dia bebas aje nak cium aku di mana kawasan dan peluk aku sesuka hati.

"I said, stop kissing and touch me freely like I'm yours!" aku membentak sebelum keluar pergi ke bilik aku.

Sudah banyak kali aku tegah namun Arfan ialah Arfan. Bukan apam balik. Mana dia nak dengar kata orang. Kata dia, semua orang kena ikut.

Aku mula membuka semula baju yang aku pakai dan terus menyarung hoodie pemberian Arfan. Uh... labuh sampai atas lutut. Tinggal sejengkal je lagi mahu menutupi lutut aku.

Aku putuskan untuk tidak memakai apa-apa seluar selain boxer hitam aku. Muka aku conteng sedikit dan rambut aku hanya sanggul messy kemudian aku terus keluar.

Kali ini tak perlu bertutup sangat sebab dekat SP tak ramai orang-orang sini gemar ke sana. Jiwa tua tak sama dengan remaja.

Kebetulan Arfan keluar sama dari biliknya. Dia mengenakan hoodie kuning dengan tulisan 'Pokemon' di dada dengan seluar jean hitam.

Pakai gini pun dah handsome.

"Seluar mana?" tergamam aku dengan soalannya. Oh, lupa aku dengan syaratnya.

"Labuh dah ni..." aku meleret sambil menunjukkan kaki aku yang tak nampak sangat pun peha.

"Phin, kau tu buas. Sedar tak?" aku angguk.

Mr. Tiang Lampu [OG]Where stories live. Discover now