"Jangan kejung sangat!" lengannya di atas bahu aku sengaja ditekan memberi amaran.
"Mana ada aku kejung!" aku membela diri sambil menepis rangkulannya pada bahu aku.
"Oh I see... kau kena jadi garang macam ni baru look natural. Tak boleh jadi sweet, kejung satu badan." dia berpeluk tubuh.
Aku menarik nafas dalam. Ada ke cakap aku tak boleh nak berlakon jadi sweet? Dia tak tahu ke aku ni pandai berlakon?
"Masalah besar ke kalau aku tak buat sweet? Tak suka betul nak tunjuk sweet di khalayak macam ni. Nanti ada orang dengki macam mana?" aku turut berpeluk tubuh.
"Nobody cares! Siapa suruh dia single?" kami saling berbalas renung.
"Masa bila pula aku taken?" soal aku geram.
"Aku pun single masalahnya." Arfan menjatuhkan kedua belah tangannya ke sisi.
Pandangan orang sekeliling kami tidak endahkan. Lantaklah nak kata kami tak siuman ke apa, we're in a short argument right now!
"Tch! Sudahlah, aku nak makan aiskrim." aku tak sempat melangkah kerana Arfan menarik hood di belakang baju. Aku berkerut muka menahan geram. Nak aje aku cubit pinggang dia lepastu cubit pipi dia pula sampai londeh!
"Kat sini ramai mak cik kawasan rumah kau datang. Kau nak selamat atau tak?" entah betul, entah tidak. Aku memerhati segenap kawasan, hm... betullah. Memang aku jumpa sorang dua yang sedang merayau macam diri masih muda.
Apabila aku mahu memalingkan semula wajah, mata aku sempat menangkap kelibat jiran aku yang sedamg memandang aneh ke arah kami. Aku harap sangat dia tak cam aku. Nasib baik sebelum keluar kereta tadi Arfan memberikan aku spek mata hitam yang saiznya agak besar.
Tertutup separuh jugalah muka aku.
"Fine!" aku bertindak menarik lehernya lalu dengan pantas aku memautkan lengan aku. Bibirnya aku sentuh dengan bibir aku sesaat. Nak sangat sweet, kan?
Mata kami saling bersambung. Tahu dia nak kejung! Aku melepaskan pautan aku dan bertindak memeluk pinggangnya lalu pipi aku lekapkan pada dada bidangnya. Mood kucing gatal, onnnzz!
"Berlakon... berlakon... jiran aku ada belakang kau..." aku berbisik sambil tersenyum kepada Arfan.
"Jangan toleh!" tangan yang berada di pinggangnya bergerak untuk mencubit sedikit sebagai tanda amaran. Nasib baik Arfan bukan jenis blur.
"Jom makan aiskrim, Arfannnn..." sengaja aku mengangkat sebelah kaki menyentuh punggung aku sedikit untuk menambahkan perisa gedik dalam lakonan aku.
Jiran aku tu pun, tak reti nak toleh ke lain ke? Nampaknya aku perlu memantapkan lagi lakonan aku. Sengaja aku melekapkan sebahagian tubuh aku pada Arfan, gaya seperti perempuan pick me. Niat aku hanya satu, untuk memastikan jiran aku tak perasan aku!
Aku semakin mengeratkan pelukan. Aku hanya ketawa dalam hati dengan Arfan yang semakin mengeras.
"Woi!" aku berbisik keras bila terlalu lama dia mengeras.
Nasib baik Arfan terus tersedar. Dengan keadaan sedikit blur, kedua belah tangannya dilekapkan pada pinggang aku.
"Nak makan aiskrim kat mana?" dia menunduk sedikit mengurangkan jarak antara wajah kami.
"Okey good. Jiran aku memang tak nak toleh ke lain. Keep acting like this sampai kita masuk mana-mana kedai aiskrim." aku melepaskan rangkulan dan Arfan pula dengan selamba memaut pinggang aku agar berjalan rapat dengannya.
YOU ARE READING
Mr. Tiang Lampu [OG]
Teen Fiction'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...