8

26 2 0
                                    

Semakin jam berdetik, semakin kemas genggaman aku pada tangan Arfan. Bagasi dia yang sudah diletakkan di tepi dinding aku kerling tak rela.

"Aku pergi sekejap je la, kalau ada apa-apa call aku." sejak tadi ayat itu asyik diulangnya. Hormone tak guna! Tak pasal-pasal aku jadi sedih untuk berenggang jauh dengan Arfan.

"Kurang dari seminggu?" aku melangkah mendekatinya. Kini kedua belah tangannya aku genggam. Mata sudah mula berair.

"Janganlah nangis, Pikachu. Aku janji kurang dari seminggu. Ada hutang aku nak tuntut, kan?" air mata yang mengalir dia sapu. Bibir aku sudah tersebik-sebik menahan tangisan dari menjadi semakin teruk.

Tak kesah sudah dengan gurauan hutang dia, bukan aku tak faham dia nak sambung tragedi atas katil tu. Huh...

"Macam mana nanti kalau... kalau aku nak hug? Nak Portugese Egg Tart? Nak marah?" Arfan senyum lebar mendengar. Apa dia ingat lawak ke? Aku serius ni.

"Kau list semua yang kau nak, nanti aku balik, aku buat semua tu. Boleh?" renungan triangle methodnya membuatkan aku rasa makin tak nak bagi dia ke Sabah.

Pin! Pin!

"I need to go now. Take care, Pikachu." aku lagi mengetatkan genggaman pada tangannya semasa dia mahu meleraikan genggaman.

"Tak nak..." kali ni air mata aku memang dah lebat.

"Arfan, mana bag?" aku tak kesah siapa yang datang, yang aku tahu sekarang aku tak nak Arfan pergi.

"Ni je satu, kau bawa masuk dulu."

"Pergi esok tak boleh ke..?" hingus yang meleleh aku sedut dalam. Comot sangat ni!

"Tak boleh, Phin... aku janji kurang dari seminggu aku akan balik. Kalau kau betul rindu aku nanti, go sleep in my room. Lay on my bed, hug my pillow, use my comforter and sleep tight. If you want to call me, anytime just ring me. Aku tak janji aku jawab tapi kalau missed call, aku akan call kau balik." kepala aku diusap lembut. Kenapa dia softspoken sangat? Aku perlukan dia masa first time jumpa untuk masa sekarang!

Mamat Tiang Lampu yang tak banyak cakap.

Arfan mendakap aku erat. Kepala dan belakang badan aku diusap supaya aku tenang.

"Take care, don't miss me." senyuman lebar dengan mata sepetnya sedikit sebanyak berjaya tenangkan aku. Itu pun setelah dipeluk tadi.

"Fan! Kau nak beli tiket baru ke?!"

"Got to go, bye my Pikachu." untuk kali terakhir dia mengusap kepala aku menyerabaikan rambut aku. Haih... mujur keadaan tak mengizinkan aku mengamuk sekarang.

Aku menghantar pemergian Arfan dengan mata sahaja sehingga bayangan kereta Porsche yang dinaikinya tadi hilang dari pandangan. Sofa aku tuju dengan langkah lemah.

Laparlah pula. Dapur menjadi destinasi aku sekarang, mahu lihat kalau ada apa-apa yang aku boleh masak. Buka peti, aku ternganga kecil.

"What the tart?" seluruh isi dalam peti telah bertukar menjadi Portugese Egg Tart! Dari sebesar-besar saiz sampai ke sekecil-kecil saiz. Sudahlah semuanya berbentuk love! Adakah aku angau atau apa? Perlahan-lahan aku capai satu yang kecil dan ternyata aku bukan berangan.

Aku berlari semula ke ruang tamu sambil mneyumbat tart ke dalam mulut mahu menelefon Arfan. Tak lama pun tunggu Arfan telah menjawab panggilan aku. Aku berlari semula ke dapur untuk memastikan bahawa aku masih tidak berkhayal.

"Belum lima minit lagi aku tinggal rumah, dah rindu teruk sangat ke?" dia ketawa kecil di hujung talian. Aku berdecit geram.

Tak kuasa aku nak rindu!

Mr. Tiang Lampu [OG]Where stories live. Discover now