26

41 6 0
                                    

"Yeay, yeay, dah kahwin..." Tangan kami yang bersulam bergoyang ke hadapan dan ke belakang sebaik melangkah keluar daripada mahkamah.

Tak sangka, semudah ini perkahwinan aku. Sangat jauh daripada angan-angan princess aku yang kononnya aku berada dalam satu persalinan gaun kembang dengan jemputan yang penuh satu dewan hotel.

Kepala didongak ke sisi melihat wajah Arfan yang kononnya tak excited itu. Macam aku tak perasan dari tadi asyik tergeleng-geleng kepala setiap kali tersenyum tanpa dia sedar.

Delulu apa la agaknya.

"Jangan la sorok perasaan excited tu, Arfan," kataku lalu menghalang langkahnya. Genggaman tangan dileraikan lalu kedua tangan aku labuhkan ke sisi pinggangnya.

Perlahan, Arfan tunduk dengan panahan mata yang bersinar dan senyuman yang lebar sehingga menyepet matanya. Satu tangan dilabuhkan ke atas kepala aku.

"Aku bukan sorok my sweetheart, aku cuma kawal." Satu ciuman hinggap pada alis mata sebelah kiri.

"Kawal?" soalku tidak mengerti.

"Ya, kawal."

"Kenapa?"

"It's because you're pregnant, my sweetheart. Kalau tak, memang tadi lagi aku bridal kau bawa lari sampai dekat kereta," jawabnya seraya tangan jatuh ke atas perut aku yang masih kempis tidak berbentuk.

Jawapannya buatkan aku tayang sengih. Sejak hari konvokesyen baru-baru ini, sikap protective yang asli ada dalam dirinya makin hari makin over. Sampai aku nak makan pun dia suap, lagi-lagi lauk ikan.

Bimbang sangat aku tercekik tulang ikan.

Ini perut belum lagi ada bentuk. Cuba kalau dah ada bentuk nanti, tak pun dah masuk trisemester kedua? Mahu aku nak jalan pun dia tolak pakai kerusi roda.

Tak cakap masa trisemester ketiga lagi. Fasa terakhir, yang mana masa tu nanti aku jalan pun dah serupa pingguin.

Tak ada dah Pikachu dia...

"Kenapa tak buat je?" Kan? Kenapa tak buat je? Dia yang lari bawa aku, bukannya aku lari sendiri.

"Buatnya aku tersadung, dengan kau sekali tergolek, my sweetheart. Bahaya, bahaya, bahaya." Jari telunjuk digoyang ke kiri dan kanan berulang kali dengan wajah garang.

Elelele... comel pulak dah dia buat gitu.

"So... now my wife, please get in the car." Pintu kereta Lexus RX 350L dibuka lalu belakang tubuhku disentuh lembut.

"Do you wanna know something?" soalku dengan sebelah kening trejongket ke atas.

"Masuk dulu my sweetheart, panas ni." Tak bernada, belakang aku ditolak perlahan tanda dia nak aku cepat.

Diseabkan aku faham dia sedang menahan kepanasan Malaysia yang tak terhingga ini, aku melangkah jua masuk ke dalam perut kereta.

Mahu meroyan dia kalau aku semakin melambatkan lagi pergerakan.

"Kita ke mana sekarang ni?" Sebaik dia masuk, aku menyoal. Ya la... tengah hari macam ni memang bukan waktu yang sesuai untuk buat aktiviti di luar. Nak shopping pun rasa badan aku ni penat semacam.

Malaysia is so hot. Same with Arfan, anytime and anywhere hot! Add-on spicy.

"Balik la, wife aku pun macam tak ada niat nak ke mana-mana sekarang ni." Perlahan kereta diundur keluar sebelum meluncur keluar dari kawasan mahkamah.

"Nak tidur." Dengan sengaja aku menyulam jemari pada tangannya yang sedang selesa di atas hand rest. Nampak dia yang masih tenang memandu, aku hanya merenung dari tepi.

Mr. Tiang Lampu [OG]Where stories live. Discover now