"Ke mana kita hari ini, riang gembira suka hati... Arfan datang mengganggu lagi... ada chocolate, mood Phin jadi okayyy..." aku menyanyi kecil sambil mata melilau melihat deretan kereta yang sedang tersangkut dalam jem bersama kami.
Hampir 2 jam kami tersangkut di atas jalan ini kerana sekarang merupakan waktu puncak dan aku sangat buntu untuk buat apa.
Kalau main phone nanti ada yang muntah. Nak pasang radio, aku rimas sebab iklan banyak dari lagunya. Kira kereta? Dah tak terkira dah. Tadi aku siap keluarkan kepala kat tingkap nak kira berapa biji kereta kat belakang.
Nak sembang dengan Arfan? Tadi dah banyak sembang pasal makcik bawang kat taman perumahan tu sampai tahap naik bosan. Arfan pun memutuskan untuk main game dan sekarang dia tengah khusyuk push rank. Nampak tak betapa tersumbatnya jalan ni sekarang? Sampai mamat tiang lampu ni boleh push rank.
"Nak Cadbury lagi tak?" Arfan telah menyimpan iPhonenya. Muka dia pun dah barai sangat sebab bosan. Tak tahu pula aku lelaki pun boleh bosan main game.
Ingatkan hidup untuk main game je.
Aku menggeleng perlahan. Dah nak muntah aku telan chocolate kegemaran aku sejak tadi. Memang dalam perjalanan tadi, Arfan singgah mengisi minyak. Sempat dia belikan aku seplastik besar segala jenis chocolate sebagai kudapan. Air mineral pun dah berbotol-botol habis.
"Jangan nanti sampai kedai, kita dah kenyang sebab makan benda ni sudah." aku mengangguk mengiyakan.
"Nak makan dekat kedai mana sebenarnya ni?" soal aku. Tengah bosan macam ni, boleh juga aku cari tahu maklumat kedai tu serba sedikit daripada duduk bersahaja menanti kereta bergerak.
"Kedai member aku. Alang-alang tu aku nak jumpa dia sebab dah lama sangat tak jumpa." katanya sambil menghulurkan iPhonenya yang sudah terpampang gambar sebuah restaurant mewah.
Macam nak terkeluar biji mata aku bila melihat gambar restaurant itu. "Fucking crazy." terlepas kata-kata itu dari mulut aku.
West Restaurant. Terpampang jelas nama restaurant itu di dalam gambar yang aku tengok ini. Restaurant paling terkenal di Barat dan mempunyai beberapa cawangan lain termasuklah di Malaysia. Pemiliknya juga bukan calang-calang orang!
Chef tersohor di serata pelusuk dunia sehingga beberapa kali dipanggil untuk membuat rakaman rancangan memasak di television. Dan chef itulah chef yang aku paling adore sebab semua resipi dia aku buat dan rasanya sangat sedap!
"Janganlah terkejut sangat." iPhonenya diambil dan kembali disimpan. Dagu aku ditolak menyebabkan mulut aku yang sedikit ternganga itu tertutup.
"Kawan kau? Kau kawan dengan dia?" soal aku lagi masih tidak percaya. Gila punya orang, kawan dia bukan calang-calang.
"Haah, we used to be in the same secondary school and we're best friend since we met." jawabnya mudah.
Aku pula yang tak sudah-sudah melopong. Tiba-tiba terdetik sesuatu dalam benar fikiran aku. Arfan ni apa? Dia tinggal sini ke? Pasulumes, pasutera, paseli papasi... sipapasi paaga...
"Dia ada dekat Malaysia ke sekarang? Aku nak ikut kau jumpa dia nanti boleh? Boleh? Boleh...? Boleh lahhh....." bila teringat Arfan cakap Arfan nak berjumpa dengan chef kegemaran aku tu, memang aku tak akan melepaskan peluang keemasan ini!
"Tak payah mengada, tak boleh!" aku dijeling sekali.
Aku membuka seat belt lalu menukar cara duduk. Aku menghadapnya sambil sebelah kaki bersila di atas kerusi. Tangannya yang sedang relaks di atas peha, aku pegang sambil kerdip mata banyak kali. Haraplah menjadi...
YOU ARE READING
Mr. Tiang Lampu [OG]
Teen Fiction'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...