"Phin,"
"Ya?" portugese egg tart yang baru sahaja keluar dari oven itu aku perhati. Favourite aku!
"Lagi seminggu, kau duduk rumah ni sorang-sorang boleh? Aku terpaksa ke Sabah untuk siapkan final assigment aku." aku angkat muka memandangnya yang sedang merenung aku.
"No hal." jawabku ringkas dan kembali menunduk merenung tart yang sedang berbaris untuk masuk ke dalam perut aku. Ada benda yang asyik mengganggu pemikiran aku sejak aku berjumpa dengan mamat tiang lampu ni.
"Mr. tiang lampu," dia menoleh ke arah aku.
"Why? You just called me that too before." soalnya pelik.
"Sorry, I don't know your name." dia mengangguk sekali.
"Darren Arfan. That's my name." kali ni aku tak memberi reaksi. Macam yang aku kata tadi, ada benda lain yang lebih memonopoli otak aku sekarang. Mata melekat pada sebiji tart yang paling rare dalam banyak-banyak tart. One and only yang kecil.
"Mana kau tahu banyak benda pasal aku?" bunyi macam random, tapi itulah yang aku asyik terfikir. Dia tahu aku lepasan degree. Dia tahu nama aku. WhatsApp tu, mana dia dapat nombor phone aku? Aku malas nak tunggu bukti lain sebab aku dapat agak dia tahu banyak benda pasal aku.
Stalker? Too cringe.
"Tertahu." jawabnya tak bersalah dengan jawapan yang bagi aku sungguh mengarut. Tertahu? Apa dia ingat tertengok maklumat peribadi aku ke? Aku memincing padang ke arahnya. Mamat ni suka betul buat aku mendidih.
"Prove your answer. 10 marks will be given if you're able to give some convinsing explainations." tart kecil itu aku ambil dan gigit sedikit.
Walaupun mood aku serius sekarang, tapi aku tetap tak boleh tahan kalau dengan pastry food yang mejadi kegemaran aku.
"Nak prove macam mana? Aku tertahu. Tertengok. Terbaca lepas tu sambung baca sebab profile picture kau lawa." tangan aku yang memegang tart disambar lalu baki tart kecil tersebut dimasukkan ke dalam mulutnya. Kami saling merenung. Aku tak puas hati dengan jawapan dia, dan dia pasti tak puas hati dengan aku.
Tanpa diketahui sebab.
"Mini pastry is my fav ever. Thanks for the direct kiss." sebuah kenyitan mata dihadiahkan kepada aku tanpa senyuman.
Oh, rupanya tak puas hati sebab aku ambil dia punya tart. "Dahtu, buat satu je kenapa?"
Dah tahu suka yang kecil, buat lah banyak-banyak. Aku ni sudah jenis yang suka benda comel-comel. Memang aku ambillah tambah lagi memang ada satu je.
Kalau orang lain pun mesti buat yang sama.
"Malas dan nak siap cepat."
"What ever!" aku juling mata ke atas. "Kau terbaca dan tertahu tu dekat mana?"
Aku tetap nak tahu macam mana dia tahu. Geram nak tahu, faham tak? Lantak pergi idioms curiousity kills the cat apa semua tu, aku bukan kucing.
"Lupa." dengan mudah dia menjawab.
"I know you're not." kalau betul dia lupa, mesti dia baca yang mana sempat dan mesti ada part-part yang dia lupa. Tapi gaya dia ni, macam dia sempat hafal semua maklumat pasal aku.
Tengok pasal nombor phone tu sudahlah, takkan dia hafal nombor phone aku?
"Prove your answer. 10 marks will be given if you're able to give some convinsing explainations." dia buat muka mengejek. Siap dengan gaya gigit tart lagi. Bezanya tart kali ni besar!
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Tiang Lampu [OG]
Teen Fiction'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...
![Mr. Tiang Lampu [OG]](https://img.wattpad.com/cover/336202942-64-k709843.jpg)