Bulan yang sempurna bulat dan terang jauh nun di langit sana aku tenung. Sebenarnya tumpuan aku bukanlah pada bulan tersebut. Fikiran aku sendiri pun dah jauh menerawang ke lain.
Terngiang-ngiang dengan sangat jelas lagi apa yang aku baru dengar tadi. Terharu dalam masa yang sama terkejut dan nak marah.
°°°°°
"Aiyok... tak baik do kau bekas banduan, cakap Sean macam tu." Leo bangkit mahu memujuk Sean.
"Bekas banduan?" aku angkat kepala pandang Arfan yang jelas sudah tunggu masa mahu mengamuk.
Serta merta ruang tamu itu sunyi buat kali ke dua.
"Oooppsss..." bebola aku beralih tepat memandang Arfan yang sedang memandang Leo bagai mahu telan. Leo pula perlahan-lahan berjalan duduk semula sambil menekup mulutnya.
"Arfan..." dia menoleh bila aku membelai lengannya perlahan.
"It's not the right time to tell you. Aku tak nak kau terkejut sampai jadi benda tak elok." wajahnya berubah lembut semula dan suaranya memujuk aku.
"Memang dah terkejut pun." balas aku sedikit keras. Arfan memang kelihatan serba salah. Sesekali dia menjeling ke belakang.
"Tak apa, Arfan. Nampak berat sangat kau nak bagi tahu, biar aku je bagi tahu sendiri." kepala kami tertoleh kepada Ezra yang sudah membetulkan duduknya.
"No, bia-"
"Tak apa, Arfan." aku menggenggam kemas tangannya dan mula memberi perhatian kepada Ezra. Tapi sekejap-sekejap memang aku toleh kepala tengok Arfan sebab Ezra kadang-kadang berubah menjadi bayangan Qash dengan Victor.
"Kalau kau tak boleh pandang aku pun tak apa, Phin. Kau boleh dengar je." tapi aku tak layan. Aku kena juga biasakan diri dan paksa diri supaya nanti cepat aku sembuh.
"Cerita dia macam ni..." Ezra berdehem sekali.
"Lepas kau balik, Arfan terus suruh kita orang cari jantan dua ekor tu. Masa tu kau dah masuk bilik, dah siap kene check dengan doctor. Siap je check, Arfan suruh Daniall dengan orang kepercayaan syarikat pendidikan dia untuk trace dua ekor tu. Tak cukup dengan tu, Arfan call juga pihak polis minta bantuan segera.
Fortunately, Daniall and the geng yang jumpa dua ekor malaun tu dulu sebelum pihak polis. Masa jumpa tu lebih kurang setengah jam selepas Arfan bagi arahan.
Kita orang terus ke tempat tu. Aku syak dia orang memang tak berniat nak lari sebab location tu dekat rumah yang sama kau kena kurung.
Macam mana aku tahu? Leo jumpa baju Arfan yang kau pakai dalam bilik utama." Ezra kemam bibir. Mungkin dia rasa dia bercakap banyak daripada kebiasaan atau mungkin sebab reaksi aku yang sudah mula menggigil.
"Hold." Ezra mengangguk kepada Arfan.
"Sweetheart, are you fine?" tangan kanannya yang berada dalam genggaman aku dia lepaskan dan berubah keadaan. Dia pula yang mengganggam tangan aku. Tangan kiri pula sudah naik memeluk bahu aku.
Aku tak jawab persoalannya malah aku cuba sebaik mungkin untuk melawan bunyi-bunyi suara sumbang yang bermain dalam kepala aku dan aku juga cuba semampu mungkin untuk menghilangkan bayangan tangan yang banyak di tubuh aku.
"It's fine, sweetheart. I'm here, with you." aku kejam mata erat setelah Arfan melepaskan genggaman dan juga pelukan.
Baru aku nak menjerit ketakutan, Arfan mengangkat tubuh aku dan diletakkan di celah antara kakinya. Dia memeluk aku erat dari belakang dan mendaratkan dagunya pada bahu kiri aku.
YOU ARE READING
Mr. Tiang Lampu [OG]
Teen Fiction'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...