Aku berguling-guling di atas katil setelah siap membersihkan badan. Penatnya! Sementara tunggu Arfan mandi, aku melelapkan mata sementara.
Disebabkan perut terlalu kenyang, aku jadi mengantuk pula.
Aku keluar dari kelas sebagai perempuan terakhir. Sengaja aku membiarkan dulu rakan-rakan perempuan yang lain keluar sebab aku tak suka bersesak-sesak.
Yakin jalan sudah tidak sesak, aku bingkas bangun bersama beberapa buku di tangan dan juga bag sandang belakang yang berisi buku lain. Dalam perjalanan ke pintu, sekumpulan pelajar lelaki kelas aku berjalan di belakang aku sambil bergurau senda.
Aku hanya hiraukan sebab itu merupakan perkara biasa. Pelajar lelaki dan gelak ketawa mereka.
Sekarang tujuan aku rumah sebab aku memang dari tadi terbayangkan katil aku. Kelas fizik memang ubat tidur aku.
"Eh babi sial kau!"
"Jangan tolak la musibat!"
"Bukan aku yang tolak kau bodoh!"
"Sudahlah!"
Aku hanya menghiraukan suara-suara sumbang mereka. Ada sahaja kerenah yang mereka lakukan.
Tiba-tiba terasa belakang aku ditolak dan secara tidak sengaja lengan aku tertarik menyebabkan tubuh aku berpusing ke belakang. Terpejam rapat mata aku bersedia untuk jatuh.
Bila aku rasa badan aku melekat rapat dengan dinding, aku buka mata perlahan-lahan. Hampir terkeluar biji mata aku daripada soketnya.
"Lea, sorry." dia terus mengalihkan kedua belah tangannya yang mengepung aku tadi dan menambahkan jarak antara kami.
Nafas panjangnya ditarik, aku perasan dia banyak kali menelan air liur. "Sumpah sorry."
Aku turut menelan air liur dan mengawal nafas aku. Gila! Aku jadi takut kalau kata tadi ada benda yang tak diingini berlaku.
"Babi lu lancau sial! Nasib baik aku sempat tahan. Kalau tak cedera kawan kau ni, tahu tak? Nak bergurau agak ah, butuh jubur babi ni!" aku yang masih terkaku hanya melihat dia yang memarahi salah seorang daripada mereka.
"Phin, jom." aku baru perasan, rupanya banyak mata yang memerhati. Aku menekur sambil berjalan mengikuti puak perempuan yang menunggu aku.
"Phin! Sorry wey, aku tak sengaja." aku hanya mengendahkan suara tersebut. Suara lelaki yang menolak 'dia' tadi.
"Bodoh! Aku yang kena pujuk dia nanti. Bukan kau." sempat aku mendengar dia membebel sebelum senyuman kecil terbentuk di bibir aku.
Aku terjaga dari tidur lantas duduk tegak. Helaan nafas panjang aku lepaskan.
"Mimpi apa?" ternaik sedikit bahu aku akibat terkejut. Arfan yang sedang duduk di sofa sambil memandang aku itu aku kerling sekilas.
"Balik esok, okay?" Arfan menukar soalan lain bila aku tidak menjawab soalannya tadi.
"Dah malam, aku malas nak drive." sambungnya lagi.
"Aku boleh drive." aku nak balik. Kalau tidur di sini bermakna aku akan tidur sebilik dengan Arfan.
Kenapalah dia memilih bilik VIP yang hanya ada satu bilik? Menyesakkan aku betul.
"Dengan badan penat kau tu? Air mata tu?" soalnya seakan menyindir. Aku menyentuh lembut air pipi aku dan aku tersentak.
Keluhan kecil terlepas. Huh... it's happen again.
"No worries, kau tidur je atas katil. Aku boleh tidur atas sofa ni." kalau dah itu katanya, aku nak bantah pun tak guna. Keadaan aku sekarang pun tak mengizinkan.
YOU ARE READING
Mr. Tiang Lampu [OG]
Teen Fiction'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...