25

38 2 0
                                    

"Mangsa yang dikenali sebagai Khalid bin Ali dijumpai meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat orang lagi mangsa yang berumur tujuh hingga sepuluh tahun dijumpai selamat di dalam satu kotak besar yang terdapat di belakang lori tersebut.

Menurut laporan, mangsa merupakan seorang banduan yang berjaya melarikan diri dan sedang terlibat dengan jenayah perdagangan manusia. Dipercayai, empat orang kanak-kanak yang diculik mangsa akan dibawa ke sempadan Thailand..."

Sunyi keadaan ruang tamu mansion yang didiami keluarga besar tersebut. Wajah masing-masing jelas mempamerkan riak tidak senang duduk tidak kira daripada yang dewasa atau pun yang masih kecil.

Kebimbangan sangat dirasai mereka semua pada ketika itu.

"Menurut siasatan, mangsa culik yang bernama Ezra Tanner, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mengatakan bahawa mangsa mengumpan mereka dengan cara yang sama. Menurut Ezra lagi, mangsa menggunakan air milo kotak untuk mengumpan mereka.

Berdasarkan ujian urine yang telah dijalankan ke atas mangsa culik, telah ditemui kandungan dormicum liquid dengan peratusan yang agak banyak. 

Pihak polis mempercayai bahawa dormicum liquid tersebut telah disuntik ke dalam kotak air milo tersebut sebelum mangsa memberikannya kepada kanak-kanak yang diculik."

"Ezra ada dekat balai polis ke sekarang ni?" Jessy menyoal sebaik mendengar berita tersebut.

"Balai polis mana? Ezra tak hafal nombor telefon kami sebab memang dah terbiasa buka contact tengok nama yang disave je."

°°°°°

"Ayleen, teman aku beli bouquet jap." Macam comel je aku tengok semua orang pegang bouquet macam-macam saiz dengan bunga dan bear yang comel-comel.

Tak salah rasanya kalau aku nak bagi dekat Arfan satu, saja-saja nak rai kejayaan dia. Lagi pun dia bukan main score semua subjek. Last project dia pun aku tengok dia buat gempak habis.

Tapi itu bagi aku la, bagi lecturer dia aku tak tahu pula macam mana. Kita tak ada pengetahuan awak nak cakap lebih-lebih.

"Adik nak pergi beli kat mana?" soal Leo. Terdengar ajakan aku kepada Ayleen mungkin.

"Jalan-jalan je, nanti jumpa booth yang menarik kita tengok la," jawab aku. Aku pun tak tahu nak ke booth yang mana satu sebab terlalu banyak booth yang dibuka.

"Nak ikut juga, aku pun nak bagi budak tu bunga juga," ujar Noah pula.

"Budak? Kau sedar tak dia lagi tua daripada kau?" Sean berkerut kening. Noah hanya angguk dengan muka tak bersalah kemudian terus berjalan ke arah ibu bapanya.

Aku rasa memang tempat kami berkumpul ni paling meriah. Keluarga orang lain pun ada juga tapi tak ada la sampai macam kami ni.

Tunggu Arfan seorang je, yang datang hmmm... serupa buat konvoi kereta sport.

"Jom siapa nak beli bunga." Aku tarik lengan Ayleen untuk berjalan bersebelahan dengan aku. Bimbang aku hilang sebab ramai sangat orang kat sini.

"Tunggu!"

"Jom, aku nak ikut!"

"Sabar jap, nak ikat tali kasut."

"Alah engkauuuuuuuuuu! Masa ni la nak ikat tali kasut tu. Dari tadi buat apa?" Aku merengus geram memandang Leo yang sedang tunduk membetulkan tali kasut Conversenya.

"Natang tu gatal sangat tangan pergi tarik tali kasut aku. Marah dia la." Semua kepala toleh ke suatu arah sebaik Leo menunding jari ke arahnya.

Dengan selamba, hanya sebelah kening yang si dia jongketkan sebagai tanda 'apa?'.

Mr. Tiang Lampu [OG]Where stories live. Discover now