Ternganga aku saat melihat video yang sedang berdurasi di screen komputer Arfan. What. The. Fuck?!
"Sweetheart? Are you here?" dengar sahaja suara tercari-cari Arfan, pandangan tajam aku memang tepat dihalakan ke arahnya.
Bagai mahu gugur jantung aku tadi saat melihat video ini. Apa yang dia nak buat?
"Kenapa tengok aku macam tu?" langkah Arfan yang mendekat diabaikan. Cuma mata aku sahaja mencerlung tajam ke arahnya.
"Explain to me. What the fuck is this?!" berani aku menentang anak matanya yang jelas keliru sambil jari tegak menunding pada screen komputer.
Lambat-lambat Arfan mengintai sebelum halkumnya laju berlari. Makin suspen aku dibuatnya.
Kenapa? Rasa bersalah sebab rahsia dia dah terbongkar?
"Phin, ni kan..."
"APA?! KAU NAK SIMPAN? NAK BUAT APA? TAK CUKUP KE KAU BOLEH SENTUH AKU REAL LIFE SAMPAI NAK SIMPAN BENDA BODOH MACAM NI?!" dada aku mula berombak naik dan turun dengan laju. Mata aku juga kian memanas.
"No! Lansung tak macam yang kau tuduh!" Arfan kembali tegak dan aku pula melangkah setapak demi setapak mendekatinya.
Rasa sedih, kecewa dan sangat marah bercampur menjadi satu. Aku masih cuba mengawal tangan aku daripada menampar Arfan sebab aku tahu tamparan dengan rasa yang bercampur ini akan membawa maut.
"Then what? Tell me. Prove me that I'm wrong!" langkah aku diberhentikan apabila hanya tinggal sedepa jarak antara kami.
Mata Arfan dalam menikam mata aku dan aku pula dengan berani menikam semula pandangannya.
Terkaku, terkelu dan terkedu.
Arfan tiba-tiba meragut bibir aku dan laju tangannya naik memeluk pinggang aku. Sebelah lagi kemas menekan sedikit leher aku supaya aku tidak melawan.
Makin lama semakin membuai sehingga akhirnya tubuh aku relaks sendiri. Perlahan-lahan Arfan melepaskan aku dan kami sama-sama berebut oksigen.
"Please, jangan marah-marah. Kita boleh berbincang, kita boleh terangkan elok-elok hanya bila kita tenang." kedua tangan aku digenggamnya erat. Dia membawa aku keluar dari bilik itu.
Aku hanya menurut dia yang membawa aku ke kolam private. Kerusi meja kopi ditarik sedikit dan memberikan aku isyarat supaya duduk.
Aku diam setelah melabuhkan punggung dan memerhati dia yang menarik satu lagi kerusi dan duduk betul-betul di sebelah aku.
"Now tell me."
"Ya, nak bagi tahu la ni. Tapi yakinkan aku yang kau dah betul tenang sekarang. Aku tak nak kau mengamuk nanti." aku sedaya upaya elak diri daripada menjeling orang.
Nafas aku tarik dalam dan hembus lembut. Tangannya aku genggam kemas sambil mengusap lembut kekura dengan ibu jari.
"Tell me."
"Aku ringkaskan je tau. Aku tak sanggup nak cerita panjang-panjang." aku sabarkan diri daripada berdecit geram.
Tapi apa boleh buat? Okay la tu dia cerita sikit daripada dia tak cerita lansung.
"Asalkan aku tahu." dia angguk sekali.
"Hari kau dihantar balik tu, Ezra jumpa kau depan pintu. Keadaan kau masa tu sangat memalukan. Just like what you saw just now. Fully naked. Untuk elakkan lebih ramai orang tahu, lepas aku angkat kau masuk bilik aku terus lari ke bilik CCTV dan buang scene tu daripada rakaman. Tapi aku simpan juga dekat pendrive just incase apa-apa. But trust me, kau orang pertama yang buka pendrive tu." aku kemam bibir. Suara Arfan betul kedengaran jujur.
YOU ARE READING
Mr. Tiang Lampu [OG]
Jugendliteratur'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...