Aku dan Ayleen memilih untuk makan di kedai mamak yang kami nampak semasa kebetulan lalu. Tak plan nak breakfast dekat sini tapi sebab Ayleen tiba-tiba datang gastrik, terpaksalah.
"You bawa ubat tak? Kita nak jalan lama hari ni." risau juga karang nanti tengah jalan-jalan dia pengsan tengah jalan. Dengan siapa aku nak minta tolong?
"Of course! Kembar I selalu pastikan keperluan I cukup setiap kali I nak keluar rumah." botol ubatnya diangkat ke arah aku. Bagus kembar Ayleen.
"Nanti ada masa I kenalkan you dengan dia. He's kinda boring actually but still I love him." sempat tu mengutuk. Tapi tak pelik sebab aku dengan adik angkat akau tu pun, tak pernah tak mengutuk.
"Yeay makanan dah sampai, jom makan." beria dia nak makan walhal hanya roti bakar dengan milo suam tanpa susu. Kalau aku yalah juga nak beria sebab order nasi lemak.
"You diet eh?" dua kali aku makan dengan dia, rasanya memang menu diet. Semalam pun sandwish aje makanannya.
"Metabolisme I rendah, so I memang kena jaga makan. I used to be fat and that was the worst experience ever." matanya diguling ke atas sambil mencebik bibir.
"Bullied?" kalau gemuk menang tak ada benda lain dah, buli aje. Tak buli fizikal, buli mental.
"Ya... sampai I pernah ada kemurungan. Nasib baik abang I sabar layan sampai I jadi macam biasa balik. I just got the trauma." Ayleen ni suka bercerita sebenarnya. Aku tak tanya pun habis mak nenek dia keluarkan. Bahaya nak bagi rahsia ni.
"Sorry to hear that. Tapi sekarang you dah cantik, jangan risau dah." aku senyum segaris. Memang betul dia cantik. Aku pun insecure.
Rambut lembut, lebat dan panjang mengurai sampai cecah bawah punggung, kulit putih bersih, mata hazel bulat dengan hidung comel terletak elok. Bibir munggil pinkish gitu. Bentuk badan memang tak payah cakap, macam model antarabangsa walaupun tingginya aku agak hanya sekadar 160 cm.
"Betul apa you cakap. Tapi abang kembar I tu tak setuju juga. Dia jadi makin overprotective dengan I."
"That's good. At least he cares bout you and you know he loves you."
"Setuju. Sebab tu I sayang abang I, lansung tak boleh berenggang. Okay tipu, I cuma tak boleh jauh lama-lama dengan dia. At least once I kena tengok dia untuk setiap hari." sweet sangat dia adik-beradik. Mesti orang luar akan fikir mereka couple.
"By the way, nanti nak pergi mana dulu ni?" jam dikerling, masih awal. Waktu pejabat pun baru nak bermula.
"You betul ke ikut je mana I bawa ni?" aku mengangguk. Memang dah mati kutu aku tak tahu nak buat apa lepas Arfan tak bagi aku cari kerja. Ayleen pula bila dapat tahu, haruslah dia tanya apa plan aku untuk ganti plan yang cancel tu.
Sudahnya aku jawab tak tahu. Kalau aku tak duduk rumah Arfan, kerja aku memang pergi cari kerjalah. Nak sara kehidupan penganggur aku ni.
"Apa lagi yang I nak buat? Movie dah bosan, makan dah banyak, shopping? Entah. Jalan-jalan? Rasa insecure dengan GMCB." aku teguk air sehingga habis. Kenyang...
"GMCB?" berkerut juga muka Ayleen kepelikan.
"Geng Mak Cik Bawang." mulutnya terbentuk 'o' kecil sambil menyedut airnya.
"Arfan bagi tahu pasal tu juga. Sebab tu I dah plan untuk buat aktiviti yang lansung tak membabitkan area sekitar rumah you and Arfan." list aktiviti yang bakal kami lakukan dihulurkan kepada aku. Aku scroll note di phone dia, fuh... banyak yang mungkin tak jadi dari jadi ni.
YOU ARE READING
Mr. Tiang Lampu [OG]
Teen Fiction'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...