"LEMASSSS!!!"
"Kau yang pandai-pandai buat syarat, AMIK NI!!!"
"Itulah, apa dia ingat kita tua ni dah lemau ke?"
Aku tertawa sendiri melihat gelagat bapa-bapa sedang menyelam kepala anak masing-masing ke dalam kolam. Tahu semua nak menggelupur lemas.
"Daddy, uhmmphhh! Da! Wargh! Daddy! Le... fuh! Lemasss!!!" Leo paling teruk aku tengok, sebab dengan uncle Francie sekali menyelam sampai ke dasar.
Yang timbul cuma kaki Leo sahaja di permukaan air. Gila gagah uncle Francie hahaha...
"Abang, jom main gelongsor!" mata aku mengekor pula langkah Ayleen yang sedang memegang pelampung dengan kepala flamingo sambil berlari ke arah Aydeen.
"Adik! Jangan lari dekat sini, licin." Aydeen pula yang berlari anak mahu manahan langkah laju Ayleen.
Bushhh!!!
Lansung dua-dua tak sempat berhenti, dua-dua jatuh dalam kolam.
Aku ketawa lagi. Seronoknya tengok mereka semua bergembira. Tak ada jurang antara keluarga, tak ada masalah yang bermasam muka.
Rindu pula dengan keluarga angkat aku.
"Sweetheart, jom mandi!" Arfan yang baru terlepas daripada kena buli dengan papa terus panggil aku main sama.
Memang dari tadi lagi dia ajak tapi aku tak mahu, bimbang lemas. Ini pun mesti dia ajak aku mandi sebagai alasan tak mahu lagi kena buli.
"Jomlah, adik! Mama, jomlah main sekali." Noah turut memanggil tapi dia lebih laju melangkah keluar dari kolam dan pergi ke arah aunty Jessi.
"Hey you kiddo! Jangan lari dari papa!" uncle Ellis juga tak kurang laju mengejar langkah Noah. Masih gagah seperti orang muda.
"Damn both of you! Jangan libatkan mama, mama tak mahu basah!!!! ARGHHHH!!!" macam dirasuk aunty Jessi bila Noah dan uncle Ellis mencempung tubuhnya lalu dicampak ke dalam kolam.
Sempat mereka berbro shaking. Ceh, lakonan semata gaduh jangan lari bagai. Padahal dah plan boekkk nak kenakan aunty Jessi.
"Sweetheart, jom?" aku toleh ke sisi. Bila masa pula Arfan naik ke sini?
"Tak pandai berenang la..." aku mencebik.
"SERANG PARA IBUUUU!!!!" bulat mata aku tengok semua orang naik ke darat serupa gaya buaya dalam cerita Upin Ipin. Masing-masing cari ibu masing-masing dan dengan gaya yang sama yang dilakukan oleh Noah dan uncle Ellis, semua para ibu kini sudah terendam dalam air.
"ARGHHH!!!!"
BUSHHHH!!!
"NOOOOOOO WAYYYY!!!!!"
BUSHHH!!!
"STOOOPPPPP HEREEEEE!!!!!"
BUSHHH!!!
Riuh habis halaman belakang ni.
"Want me to do the same to you?" Arfan soal nakal. Sebelah bibirnya terjongket sekali dengan tangan dah mula nak sentuh aku.
"Hell no! Aku jalan sendiri." aku kata dalam ketawa sambil menarik tangannya menuju ke dalam kolam.
"Mama tak nak mandi?" sempat juga Arfan menyoal mama yang baru keluar dari dalam rumah.
Buat apa la dalam rumah tu dari tadi.
"Tak kut." mama menggeleng tanpa was-was.
"Okay." kami melangkah masuk ke dalam kolam. Arfan suruh aku duduk di birai kolam dulu sementara dia menghampiri papa yang baru turun dari gelongsor panjang bersama Aydeen dan Ayleen.
YOU ARE READING
Mr. Tiang Lampu [OG]
Teen Fiction'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...