10

47 4 4
                                    

"So... Daniall is your crush, isn't?" betullah aku teka sebab sejak masuk tadi memang Ayleen asyik tertoleh-toleh kepalanya curi pandang Daniall.

Bila diwarning Aydeen, dialihkan sekejap kemudian dipandang semula. Alahai...

"I said, it's obvious." dia mengangkat bahu mudah.

"I tak nak cakap pasal dia sekarang. Yang I tahu I nak shopping." seperti aku boleh agak ke mana dia mahu membawa aku.

"Wanna see Bella? You ada majlis apa-apa ke nak kena attend?" kalau tak beli dress, apa lagi sebabnya, kan?

"Nope. Saja datang nak lepak. I tahu you dah datang hari tu dengan Arfan tapi I nak bawa juga sebab nak ajak bersembang. Bella ni rapat juga dengan kami tapi tak adalah sampai semua boleh masuk. Mama dia fashion designer untuk our parent punya pakaian kalau ada event so, yeah, kinda rapat sebab kita pun akan cari dia kalau ada apa-apa keperluan." kami melangkah masuk dan staff yang bekerja ramah menyapa.

"Bella ada?" aku hanya mengekor, melihat baju yang bergantungan. Ada beberapa pasang design baharu yang dipakaikan pada patung untuk display.

"Ada, in her room. Come." staff itu membawa kami ke sebuah bilik yang bertutup rapat. Jelas nama pemiliknya pada dada pintu.

"Thank you." tanpa mengetuk pintu, Ayleen menerobos masuk. Tangan aku lansung tak dilepasnya mengheret ke mana sahaja dia pergi.

"Hye!"

"Hye! Come, have a seat." aku duduk bersebelahan dengan Ayleen manakala Bella bertentangan dengan kami di meja kerjanya. Kagum aku melihat hasil lukisan dress kembang yang dilukis Bella di atas meja itu.

"Sorry berterabur, we're discussing bout to hold a fashion show next month." Bella hanya sekadar mengemas mana yang boleh agar mejanya tidak begitu serabut.

"I see... dekat mana? Eh, by the way I tahu you berdua dah kenal tapi not in a proper way. So Bella, this is Pheonix, our women and Phin, this is Bella, our family fashion designer." aku tersenyum kecil sambil menghulur tangan untuk berjabat. 'Our women' buat aku rasa diterima.

"Arfan's women, of course you guys women's too." aku cuba menahan senyum. Kenapa ya aku rasa banyak pula rama-rama dalam perut bila digelar sebagai perempuan Arfan?

"Tak payah malu sangat. I'm so glad bila dapat tahu Arfan finally dah jumpa someone. Sepanjang hidup, I thought he's gay." Bella berbisik di hujung ayat mengundang tawa aku.

"I told you, kami semua fikir macam tu. That's why semua excited bila jumpa dengan you tadi." patutlah bila aku dah duduk dekat kerusi masa di pejabat Aydeen tadi, Leo dengan miangnya tanya apa cara aku guna untuk tundukkan Arfan.

What the hell punya soalan. Tapi aku faham sekarang.

"Glad to know that." senyuman tak lekang dari bibir.

"By the way, I terfikir untuk buat show ni dekat hotel Uncle Thufayl. But I'm not sure."

"Ah... I boleh berunding dengan Daniall, but ada prize la you kena bayar." sekali lagi terpinga-pinga juga aku tak faham.

"I'm sorry Phin, mesti you tak faham. Uncle Thufayl tu daddy Daniall. Si Daniall tu kurang sikit dengan Bella ni, I tak tahu kenapa." aku mengangguk kecil.

"You ada udang disebalik batu ke, Leen?" yalah, kalau dah Ayleen sebut nama Daniall tu memang tak ada makna lain dah.

"Of couse ada." Bella menepuk lembut lengan Ayleen.

Mr. Tiang Lampu [OG]Where stories live. Discover now