"ARFAN!!!" Air mata di hujung mata aku kesat kasar. Langkah memang tak teratur lansung ketika aku melangkah keluar daripada lift.
Susahnya rumah besar sangat! Aku tak tahu nak cari Arfan kat mana dulu ni...
"Arfan... hiks..." Hingus yang meleleh aku kesat pada hujung lengan baju. Stressnya aku, tak tahu nak cari Arfan kat mana dulu!
"Arfan mana? Nak Arfan..." Dengan tersedu-sedannya, aku masuk ke dalam living room tingkat bawah ini. Hanya ada beberapa orang maid sahaja yang sedang mengemas.
"Cik Phin cari siapa? Kenapa sampai menangis ni?" Aku mencari dari mana suara itu muncul. Ternyata daripada salah seorang maids yang sedang menyusun kedudukan bantal atas sofa.
Tanpa kata, aku meluru laju ke arahnya dan terus memeluk erat tubuhnya. Maids lain yang memerhati sekadar diam tak menyoal. Ruang yang tadi ada juga dengar suara mereka berborak menjadi sunyi.
"Cik kenapa ni?" Lembut dia menyoal sambil mengusap perlahan belakang badan aku.
Dengar sahaja soalannya, sekali lagi aku menghamburkan tangisan dalam pelukannya. Aku cuma nak morning kiss aku! Namun, kata-kata itu hanya terluah dalam hati sahaja.
Itu menyebabkan aku lansung tak menjawab soalan maid tersebut. Yang aku buat hanyalah menangis teresak-esak sekali dengan pakej lap hingus dekat uniform maid ini.
"Eh? Adik kenapa?" Dengar suara Ayleen, tak cakap banyak. Laju aku berlari dan terus peluk Ayleen pula.
"Kenapa ni, sedih sangat ni?" Aku hanya mengikut langkahnya membawa aku ke arah sofa.
"Adik! Oh no! Why are you crying, my little sister?" Semakin galak aku menangis bila dah tahu makin ramai yang turun ke bawah.
"Cuba adik bagi tahu, siapa yang buat adik menangis ni? Kenapa menangis ni? Adik jatuh ke? Sakit kat mana-mana?" Kepala aku geleng perlahan.
"Dah tu? Bagi tahu kami, nanti kita solve sama-sama," ujar Leo agak tidak jelas akibat jahitan semalam. Punggungnya dilabuhkan di sofa sebelah aku.
Semua pakat diam tunggu aku reda. Aku sendiri pun berusaha untuk meredakan tangisan aku. Hidung dah tersumbat ni akibat terlalu banyak menangis.
"Arfan mana?" Akhirnya dengan nada perlahan aku menyoal. Mata yang dah bengkak kerana menangis aku tak hirau, yang aku tahu aku nak Arfan.
Mereka akhirnya melepaskan nafas lega. Muka pun macam terlepas beban besar je.
"Mana Arfan? Dia belum bagi aku morning kiss lagi..." Baju Leo selamat mejadi mangsa kerja pembersihan hingus aku.
Dengan mata yang bulat dan penuh dengan air mata, muka Leo yang dah nak naik hantu aku pandang dengan riak kasihan.
Hati aku rasa seperti dirobek kasar hanya kerana tak dapat morning kiss yang Arfan janji nak bagi semalam sebelum aku tidur.
"Haih... mujur adik, kalau tidak... memang aku penggal kepala kau budak." Hembusan nafas pasrah terlepas dari ulas bibirnya.
"Arfan keluar sekejap tadi, ada emergency. Nanti dia balik la tu... adik tunggu kejap eh?" kata Daniall sambil menghulurkan kotak tisu kepada aku.
Nak tak nak aku sambut juga.
"Kenapa dia tak bagi tahu aku dia nak keluar?" Bibir aku tersebik lagi, sekali lagi nak meraung semula.
"Bukan dia tak bagi tahu, dia tak nak kacau adik tidur je." kata Ayleen lagi, belakang badan aku diusap lagi. Memujuk.
"Dia kata adik muntah teruk semalam, nanti balik dia bagi adik morning kiss tu." Aku memuncung bibir kepada Noah. Ala... nak Arfan...
YOU ARE READING
Mr. Tiang Lampu [OG]
Teen Fiction'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...