Sebelum awak baca, saya nak minta maaf dulu sebab chapter ni mengandungi unsur 18+. Cuma bukanlah yang melibatkan aksi di atas katil. Sebarang kesan setelah membaca adalah tanggungan sendiri kerana dari awal lagi buku ni telah dilabel sebagai buku yang mengandungi matured content di description dan di bab ini sendiri saya telah labelkan dengan 🔞.
Air mata aku tak henti keluar sedari tadi. Ingatkan keluar dengan kecerian dan balik pun dengan keceriaan. Ternyata semuanya silap.
Sekelip mata aku dipisahkan dengan keluarga baru aku. Sekelip mata anak yang baru bertandang ini berada dalam situasi berisiko.
Habis basah lecun sudah kain yang menutupi mata aku. Mulut aku pula sudah tidak mampu keluarkan sebarang suara. Sejak tiga jam lepas, seorang lelaki yang memakai face mask membuka kain tersebut membolehkan aku untuk bernafas dengan baik sekurangnya.
Bau busuk daripada muntah aku sebaik kain tersebut dikeluarkan sedikit-sebanyak mengganggu pernafasan aku. Rasanya sudah dua jam berlalu sejak kain tersebut dibuka dan aku kehabisan suara merajng meminta tolong.
Memang sebaik pintu bilik ditutup setelah kain dibuka, aku tak henti menjerit. Menjerit minta tolong, menjerit ketakutan, menjerit kesedihan dan menjerit merayu belas ihsan.
Tangan dan kaki aku sudah lama kebas kerana ikatan yang sangat ketat. Sejuk rasa hujung jari kaki dan tangan aku.
Sekarang aku hanya mampu bersandar, menangis tanpa ada suara. Walaupun kejadian dalam van tadi tak berlarutan, aku rasa sangat jijik dengan diri aku sekarang.
Aku rasa macam nak buang buah dada aku kerana sudah disentuh lelaki tadi. Aku rasa nak siat kulit perut aku sebab dibelai tadi. Pipi aku ni rasa macam nak sental dengan dawai besi setelah dicium semasa dia meletakkan aku ke sini tadi.
Geli dan jijik dengan tubuh sendiri!
"Aku sentuh je..."
"Sekali je..."
"Seronoklah..."
Aku gekengkan kepala berkali-kali. Janganlah... bukan sekarang!
"AAAAAAHHHH!!!" sekuat mana pun aku menjerit, yang keluar hanya angin dari mulut aku. Suara aku memang dah tak ada.
"Kan aku dah kata, kau ni... cantik."
Aku menggeleng menidakkan. Aku mengengsot tubuh aku entah ke arah mana. Yang tahu aku cuma mahu jauh dari tangan-tangan yang banyak yang mahu menyentuh tubuh aku.
"Jamgan sentuh...." walaupun tiada sura yang keluar, tapi itulah apa yang aku ucapkan.
Sambil mengengsot dengan agresif, air mata aku semakin lebat membasahi pipi. Aku sendiri dapat rasa betapa kuatnya tubuh aku menggigil menahan segala rasa.
"Aku sentuh je..."
"Sekali je..."
"Seronoklah..."
"Kan aku dah kata, kau ni... cantik."
Aku menggeleng kepala berkali-kali. Tubuh aku masih mengengsot entah ke arah mana. Luas benar bilik ni gayanya sampai aku tak jumpa lagi dinding.
"Aku sentuh je..."
"Sekali je..."
"Seronoklah..."
"Kan aku dah kata, kau ni... cantik."
"Sudahh..... cukup...... sudahhhh!!!" aku masih melawan walaupun aku tahu, tiada siapa yang mendengar.
YOU ARE READING
Mr. Tiang Lampu [OG]
Teen Fiction'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...