Aku membiarkan Arfan mengesat air mata aku yang lebat mengalir. Mama dari tadi lagi bercekek pinggang di hadapan kami hanya kerana aku tak mahu makan nasi dengan ikan panggang yang disediakan.
"Phin tak nak, mama. Tak sedap..." aku memandang sayu ke arah mama memohon agar dia faham perasaan aku.
"Sedap tak sedap belakang cerita. Sekarang ni Phin nak pulih cepat atau lambat?" suara mama tegas, macam tengah marah. Aku tengok Arfan sambil tersebik-sebik, aku dah tak nak toleh arah mama lagi!
Sikit lagi mama tegakkan badan aku memang terus rasa macam aku ada dekat kem kepimpinan. Rasa macam kena marah dengan abang askar yang datang bertugas!
"Aku tak boleh tolonglah kali ni sweetheart. Ini untuk kesihatan kau. Badan ni nak guna lama, Tambah lagi ni berpantang gugur. Bukan pantang beranak." dia mamagut lembut dagu aku. Makin kuat aku menangis bila dia back up mama padahal dari tadi dia diam macam nak back up aku.
"Kata orang, pantang keguguran ni lagi teruk dari pantang beranak. Kau makan sikit, eh?" tambahnya lagi. Pipi aku dicium sekali.
"Tapi tak sedap..." aku menjauhi Arfan. MERAJUK!
"Alah... janganlah main ngajuk-ngajuk gini..." keluhan berat terlepas dari ulas bibirnya.
"Should I order something? Porridge? Chicken soup? Sean? He can cook something more delecious but healthy for you atleast." dia meraih lengan aku supaya mendekat semula. Mulalah nak beli jiwa aku pakai 'should I...' dia.
"Kau nak makan apa? Tell me, now. Aku kena pastikan kau makan juga ni." Arfan ni bengong ke apa? Mama macam dah nak naik hantu kat depan ni cerlung mata kat dia!
Tapi, tawaran dah terbuka. Apa kata kita terima?
"Nak chi-"
"Kalau Phin tak nak makan, mama dah tak bagi Arfan berhubungan dengan Phin lagi." terus aku dan Arfan angkat kepala pandang mama. Mulut aku pun terkunci rapat lepas kena cantas macam ni. Seriuslah mama?
Terus hilang berterbangan menu-menu lazat dalam kepala. Yang aku nampak cuma diri aku berseorangan di atas katil tanpa Arfan. Oh, tidak!
"Apa macam tu pula mama? Tak nakkkkkk!" kalut-kalut, Arfan terus capai pinggan dan ikan dicubat sedikit.
"Mama... tak acilah ugut macam tu." aku terus sahaja nganga mulut sedikit tunggu Arfan suap. Betul punya drastik rifleks ini.
Terpaksa aku pejamkan mata dan bayangkan aku tengah makan ikan masak tiga rasa atau setidaknya ikan stim limau.
Kalau tidak... ARGHHHHH!!! Tak sanggup aku bayangkan aku dah tak boleh bersama dengan Arfan lagi.
"I don't care. Yang mama tahu, Arfan dengan Phin dengar kata mama sepanjang mama ada kat sini. Sepanjamg mama jaga Phin berpantang. Kalau tidak, jangan harap nak hidup bahagia." air suam yang sudah sejuk di dalam gelas mama capai dan berlalu masuk ke dalam dapur.
Aku dan Arfan saling berpandangan. TAK BOLEH JADI MACAM NI. Rasa macam nak halau je mama keluar... huwaaaaaa!!!!!
"MAKAN ATAU MAMA TERUS TARIK PHIN MASUK BILIK DAN PAKSA ARFAN BALIK LAMPUNG!" laung mama dari dalam dapur.
Kelip-kelip sekejap aku dengan Arfan. Tak boleh jadi... tak boleh jadi.
"Kau kena makan, sweetheart. Sedap ke, tak sedap ke, extra sedap ke, kau kena makan. Aku tak nak orang lain. Aku pun tak nak balik kampung." katanya sambil menyuap nasi ke dalam mulut aku lagi.
Terseksa aku nak telan dengan menu tawar ini. Manis tak ada, masin tak ada, pedas tak ada, pahit pun tak ada.
Penat dah imagine lauk sedap-sedap tapi itulah, bila dan disentuh lidah memang lansung tak ada rasa!

YOU ARE READING
Mr. Tiang Lampu [OG]
Fiksi Remaja'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...