24

34 3 0
                                    

Aku kemam bibir sekuat hati. Apakah ini? Mengapa begini?

Dua alat yang aku tak pernah ada rasa nak pegang selama ni selamat aku guna dah pun! Macam nak menangis rasa.

Pertama sebab akhirnya aku pegang benda alah ni.

Kedua sebab aku tak sangka sebab yang pertama tu. Fuhhh...

Dua alat tersebut aku simpan semula dan melangkah keluar dari dalam bilik. Gembira yang bukan kepalang dalam hati ni aku biarkan sahaja dia bebas.

Buat apa nak simpan rasa gembira? Biar je la aku nak gembira.

"Holla adik!" aku angkat tangan membalas lambaian Leo. Kaki melangkah mendekati kolam private ini.

"Nak mandi?" soal Arfan yang baru keluar dari dalam kolam. Sexynya dia...

"Tak mau. Aku baru siap mandi ni." aku mula melabuhkan punggung di kerusi. Ayleen sedang seronok main phone jadi aku malas nak kacau.

Muka sengih macam kerang wangi tu, entah apa yang dibuat tak tahu.

"Esok Arfan grad untuk master. So... kali ni tema apa?" Noah turut sama melangkah keluar dari kolam dan mendekati meja yang tersedia macam-macam jenis jajan.

"Buat tema warna la kali ni. Aku dah serik masa Leo hari tu, seksa rasa nak cari baju." kata Sean sambil bermain-main air.

"Itu la. Ada ke nak tema... pakaian apa tu Niall?" Sean kerut kening.

"Pakaian perkerjaan beruniform. Jadahnya pakai uniform Navy masa tu. Sial je." Daniall muncung mulut menyampah. Tapi nampak comel, nak tampar je rasa.

Aku pelik dengan Daniall ni. Sejak dua menjak ni, memang banyak betul mulut dia. Tak ada la banyak sangat cuma untuk jenis dia yang kurang bercakap tu... aku rasa banyak la.

Macam bahagia, tapi kadang... kalah aku time period. Unpredictable betul.

"Entahnya, aku setuju macam tu. Ikut warna je. Ke kau ada plan lain, Fan?" Arfan toleh ke arah Noah.

"Entah. Casual je kut?" Arfan toleh pandang aku pula. Aku angkat kening sebagai tanda 'apa?'.

"Ada idea?" aku geleng. Tema apa? aku tak faham ni. Hahaha...

"Knitwear?"

"Apa kau ni? Tu pakai dah masa grad degree aku hari tu." dari jauh, Sean membaling bola plastik tepat di kepala Leo.

"Retro?" Ayleen menjeling mereka. Lah, pasang telinga rupanya.

"Tu masa Noah hari tu la, Leen."

"Tema hantu? Sorang pocong, sorang pontianak, sorang penanggal dan macam-macam lagi. How?" Leo berenang mendekati mereka setelah tadi jauh dia lari sebab merajuk dengan Sean yang baling bola.

"Aku malas betul la nak berbincang kalau ada budak ni." Daniall terus berenang jauh. Lagi jauh dari Leo lagi bahagia, aman dan sentosa rasanya.

"Dah tu, warna? Kita buat warna biru?" Arfan jongket kening.

"Ha, kita buat tema white denim." aku bangkit duduk di sebalah Arfan. Lantak la basah balik pun. Tetiba rasa nak kena peluk.

"Uhm... lawa juga. Kita guna denim as the main. Macam tak kesah nak pakai macam mana yang penting ada denim. How?" Ayleen meletakkan iPhonenya ke tepi dan melangkah ke meja yang diduduki Noah. Mahu ambil jajan.

"Setuju!" Noah angkat tangan tinggi.

"Me too!" aku angkat tangan juga. Teruja walaupun tak faham tema apa dan apa kaitan dengan graduasi?

Mr. Tiang Lampu [OG]Where stories live. Discover now