A/N : tengok gambar kat atas dulu baru syiokkkk nak imagine chapter ni.
°°°°°
"ARFANNNNNN!!!!" keluar sahaja dari lift, aku berlari ke semua ruang mencari lelaki itu. Pelik bila aku masuk bilik dia tadi, dia tak ada. Call pun tak berjawab.
"Eh, Leo? Buat apa kat sini?" langkah aku dihentikan bila kelibat Leo yang sedang berdiri tegak menghadap dinding terlihat.
"Phin," panggilnya tanpa menoleh ke arah aku.
"Ya?"
"Orang kata jam ni sistem 24 jam." dia masih tegak mendongak melihat jam digital yang tergantung di dinding.
"Betul. Kenapa?" dengan aku sekali mendongak melihat jam tersebut.
"Aku... tak pernah nampak pun nombor 24 tu dekat jam ni." perlahan-lahan dia menoleh ke arah aku.
"ARGHHHH!!!!!" aku terus berlari lintang pukang setelah melihat wajahnya. Mata bengkak merah dengan eyebag hitam boleh muat buku sekolah. Muka sembab macam baru lepas menangis. Menyeramkan!
"Wooo woo lady... what happened? Macam nampak hantu je." muka aku yang melekap penuh dalam tapak tangan seseorang menyebabkan langkah aku serta merta mati.
"Seannn... hantuuuu..." tangan aku dah sejuk ni. Sean sendiri pun aku rasa terkejut bila rasa kulit jari aku.
"Pukul lapan pagi gini, mana ada hantu minah oi." Sean berkerut kening sambil-sambil mengintai belakang aku.
"Arfan!" nampak sahaja kelibat Arfan di pintu masuk, terus aku meninggalkan Sean dan berlari memeluk Arfan.
"Eh?!" mujur kami tak jatuh. Nasib baik Arfan sempat berpaut pada pintu belakangnya.
"Kenapa ni?" belakang kepala aku diusap sambil dia berjalan ke hadapan menuju ke arah Sean. Aku jadi jalan sambil mengundur sebab masih memeluk Arfan dari hadapan.
"Nampak hantu katanya." Sean mengangkat bahunya sebelum berlalu pergi.
"Hey hey hey... I'm here okay? Tak ada hantu pun, jom pergi makan." sekelip mata, kaki aku melingkar pada pinggangnya setelah setelah dia mengangkat punggung aku tadi. Kemas tangannya di situ menampung aku.
"Hmmm..." aku menggumam perlahan di dadanya yang sedikit basah.
"Kenapa basah-basah ni?"
"Aku jog tadi dengan Daniall. Aku balik dulu sebab Daniall nak singgah mana entah tadi." aku mengangguk kecil.
"Abang Aydeen!" aku panjangkan leher melihat ruangan makan yang sudah penuh. Hanya tempat aku, Arfan dan Daniall sahaja yang tak berpenghuni. Maid pula setia di setiap satu kerusi sedia menerima apa-apa arahan.
Aku pandang Leo, eh?! Hilang dah muka seram tadi? Habis tu, aku bercakao dengan siapa tadi? Oh my!!!!
"Ha elok, kanan koala, kiri koala. Leo jom koala juga." belum sempat Noah dan Leo bangun, Sean dan Ezra terlebih dahulu menahan mereka.
Aku hanya tergekak kecil dan menepuk bahu Arfan beberapa kali untuk turun nak duduk. Sandwich tuna atas pinggan tu macam menyeru-nyeru nama aku je.
"Abang! Turunkan Ayleennnnnn!!!!" kami termasuk maid sekali menutup telinga bila Ayleen menjerit nyaring begitu.
Aku mengekek suka melihat Aydeen yang masih tidak melepaskan pinggang adiknya. Makin dia kemaskan rangkulan adalah.
"Turunkan jelah Aydeen, aku nak makan ni." aku menjeling Ezra melihat dia sudah mula naik geram. Siapa je tak geram kalau breakfast kena kacau?
YOU ARE READING
Mr. Tiang Lampu [OG]
Novela Juvenil'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...