Aku duduk menempel dengan Arfan tanpa ada sikit pun niat mahu berganjak walau sesentimeter. Sengaja mereka memilih untuk duduk secara bulatan di atas lantai vynil di dalam gym ini berbanding duduk di bilik lain yang lebih aman.
Semua tempat pun aman sebenarnya.
"This meeting really needs you to communicate with us, expecially me." mata aku naik memandamg Daniall sekilas sebelum dijatuhkan balik ke paha aku.
Pelukan aku semakin kemas pada lengan Arfan.
"Kalau adik tak nak jawab panjang-panjang pun, yes and no also really help." sambung Daniall dengan senyuman kecil dan aku hanya mengangguk.
Bukan angguk setuju, tapi aku tanya sebenarnya, kalau angguk dengan geleng boleh tak? Tapi mereka tak faham.
Pasrah.
"Are you fine, sweetheart?"
"Hurm."
"Okay good. Adik tolong jujur, ya." terang lagi jelas nada Ezra berupa arahan, bukan soalan. Aku angguk sahaja.
"To be honest, aku tahu, hari yang adik kata adik nak stay dekat sini, tak nak balik rumah Arfan tu, there was something happened to you. But why adik tak bagi tahu kami? Adik tak percaya kami ke?" aku teguk liur. Serius sangat situasi sekarang, aku jadi agak gementar.
Kalau dari awal aku tahu akan jadi serius macam ni, awal-awal lagi aku akan kata tak nak untuk berkumpul macam ni.
"Phin?" aku angkat sedikit dagu memandang Arfan. Keningnya terjongket naik menyoal.
Sebenarnya, bukan aku tak percaya, tapi aku tak nak mereka risau. Tu je.
"Yes if you trust us, no if opposite." kata Arfan lagi.
"Aku tak nak susahkan orang lain." kataku perlahan, cukup sekadar Arfan yang dengar. Dia angguk sekali.
"Dia tak nak susahkan kita." ulangnya lebih kuat. Keluhan beberapa orang mengisi suasana.
"That's not the answer." Daniall berkata tegas.
"A.. aku, aku percaya." aku angkat kepala menghadap mereka semua menjawab walaupun suara aku lagi perlahan dari bunyi angin portable aircond yang dipasang.
Adalah reaksi terkejut mereka tapi cepat-ceoat jadi natural balik.
"Great, now you can talk!" Ayleen menyengih teruja tapi hanya sekejap apabila Aydeen mengepit kepalanya dicelah ketiak lelaki itu.
"Adik percaya but, why? Okay I assume the statement adik tak nak menyusahkan kami as the reason. But, once you step in this circle, confusion, doubt, fear, and secret, these should not exists among us. Trust and confidence with each of us, that is what we need to." Daniall berhenti sekejap mengawal nafas. Dari aku 'tak menjawab soalannya' tadi lagi aku perasan deru nafasnya agak kasar seperti sedang menahan amarah atau mungkin juga kecewa.
"You know what?" soalnya dalam keluhan yang mengecewakan. Aku geleng.
"Semua rahsia adik, kami dah tahu. To be honest with you, I think you should know." tubuh aku terus mengeras sebelum menggigil kecil akibat terkejut. Mata jatuh sesaat tepat di mata Daniall dan aku nampak keyakinannya di situ.
Maknanya betul, dia tak bohong.
"Adik tahu Arfan tu hacker, and also me as his assistant. Plus, your attitude when you feel uncomfortable with your surroundings also tell us everything. You are not hiding those odds behavior even a little from us." Daniall mengeluh lagi. Aku yakin dia tak marah, sebaliknya kecewa yang amat.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Tiang Lampu [OG]
Novela Juvenil'A hacker can easily hack his girl' Tak kenal tak tahu tak faham. Itu adalah description untuk Mamat Tiang Lampu. Entah jampi serapah mana dia guna aku tak tahu, tapi semua kata dia aku ikut. Pastu tiba-tiba ada rasa risau dekat dia. Lama -lama tu j...
![Mr. Tiang Lampu [OG]](https://img.wattpad.com/cover/336202942-64-k709843.jpg)