Bab 35: Blood ♔

168 8 0
                                    

Pulau Dayang
.
.
Serangan balas telah diterima. Sekaligus anak anak buah Alexander di kapal yang tersisa melancarkan meriam Oto Melara 76mm Super Rapid, manakala kapal yang lain pulak melancarkan peluru berpandu anti-kapal Harpoon atau Atmaca terus kedarat.

Serangan balas tersebut menyebabkan gegaran kuat terasa sampai ke rumah usang tempat dimana Tengku Fatimah ditahan. Kelihatan anak anak buah Tyson bersepai berterbangan saat serangan itu mengena tepat kearah mereka. Tidak sempat mereka lari dari tempat itu kerana serangan itu dilakukan secara bertubi tubi tanpa henti lebih kurang 20 minit. Jeritan raungan dari mereka disitu merupakan detik akhir sebelum nyawa mereka diangkat ke langit. Yang cedera hanya mampu mengadu saat salah satu anggota badan mereka sudah tidak sempurna sifatnya.

Akhirnya kapal kapal anak buah Alexander selamat berlabuh. Setelah memastikan tiada ancaman lagi dari meriam Tsar. Dan anak buah Tyson. Diikuti oleh kapal History Supreme yang dinaiki oleh Alexander dan yang lain.

Semua meriam Tsar telah dihancurkan. Salah seorang anak buah Alexander yang berada di dalam kapal History Supreme memberi senjata api kepada mereka semua. Bertujuan demi keselamatan dari sebarang ancaman pihak musuh yang sudah mereka ketahui kekuatannya.

William turun dari kapal mewah yang dinaiki sebelum Emilia membuntutinya dibelakang bersama yang lain.
Mata Emilia terpandang darah di persisiran pantai. Ketika dia mahu melihat jasad yang tidak bernyawa. William pantas menutup kedua dua mata gadis itu.

"Dont see it, terus jalan kehadapan,". Arah William.

Ilham mengeleng melihat mayat bertaburan disana sini ngeri bila melihat bentuk fizikal mereka yang sudah tidak sempurna. Hancur muka. Hilang kaki. Hilang tangan. Da macam pulau zombie pulak. Tulah kau Jef banyak sangat tengok movie. Kaki wayang betul. Sampai ke situ imaginasinya.

Uwais menelan air liur yang terasa agak payau sedikit di kerongkong. Semoga bondanya tidak diapa apakan. Itu yang diharapkan. Sedih mengenangkan situasi bondanya menjadi tahanan musuh mereka. Anak buah Alexander bergerak dihadapan. Separuh dari mereka membuntuti Alexander yang sudah mula bergerak bersama William dan yang lain. Mereka mula melangkah menyusuri hutan belantara.

Saat itu bunyi sesuatu dari kejauhan membuat langkah mereka semua terhenti. Salah seorang anak buah Alexander mengenggam tangan keatas sebagai signal untuk mereka semua tidak membuat sebarang suara. Setelah diteliti ia larian dari sekumpulan orang. Begitu ramai semakin mendekati mereka. Ia adalah anak anak buah Tyson yang lain yang bertindak mengepung pulau di sudut lain. Mereka kembali untuk menahan Alexander dan yang lain. Dikawasan serangan meriam yang telah dilancarkan tadi.

Anak buah Alexander yang memberi signal tadi terus mengarahkan tangan kehadapan menyuruh cepat bergerak kehadapan. Sambil memegang senapang AR. Termasuk anak anak buah Alexander yang lain memegang senjata yang lain.

 Termasuk anak anak buah Alexander yang lain memegang senjata yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NADA RINDU ♔Where stories live. Discover now