Bunyi lagu di corong radio menghiasi suasana sepi diantara William dan Emilia. Satu lagu yang berjudul always somewhere dari scorpion mengamit kenangan lama diwaktu mereka kembali bersua muka buat kali kedua di ruang kelab malam di bandar Seattle, United State. Saat Emilia berusaha mencari jalan keluar dari diculik oleh William beserta anak anak buah lelaki itu yang dirasakan sangat merbahaya. Bila melihat anak anak buah William membunuh seseorang disatu lorong gelap sewaktu Emilia mahu mencari makanan dibumi asing itu.
Lagu itu telah dinyanyikan oleh William di ruang kelab malam. Rata rata gadis menjerit kegilaan menyebut nama samaran lelaki itu iaitu Tiger.
Emilia mencuri pandang ke arah William. Masih tiada riak diwajah pada lelaki itu. Bila mendengar lagu itu diputar didalam radio. Mungkin lupa kut. Siapa lah dirinya didalam hati lelaki itu. Sampai setiap masa perlu difikirkan oleh William. Emilia tersenyum memikirkan sangkaannya yang mengharapakan lelaki itu memikirkan kenangan lama bersama dirinya suatu ketika dahulu. Halusinasi dia sahaja.'Sudah sudah lah berangan.. only u notice that moment but not William Alexander, he doesn't have a heart for u Emilia, kau kena sedar yang u are nothing in front of his eyes, please sedar diri,'. Ucap Emilia. Hanya didalam hati.
"Jangan curi curi pandang aku, ingat aku tak nampak ke yang kau tengah curi curi tengok wajah aku yang macho ni,". Ucap William bersahaja.
Terkejut Emilia bila lelaki itu bersuara dengan tiba tiba.
"Perasannya..,". Ucap Emilia perlahan namun masih boleh didengari oleh William.
Lagu yang diputar di radio semakin hampir ke penamatnya. William mematikan sekejap radio tersebut.
Always somewhere,
Miss u where i have been,
I'll be back to love u again,
Diulang kan lagi nyanyiannya buat kali kedua. Sebelum di bukak balik radio yang baru dimatikan tadi. Kedengaran lagu itu sudah pun tamat diganti pula dengan suara penyampai radio yang ingin memberitahu tajuk lagu yang bakal diputar sebentar sahaja lagi. Mengantikan lagu yang dinyanyikan oleh William tadi.
"Rindu suara aku ke?,". Soal William. Suara itu kedengaran seksi di halwa pendengaran milik Emilia.
Emilia mengelengkan kepalanya. Menidakkan apa yang baru diperkatakan oleh William. Eleh taknak mengaku pula. Suka la tuh kan.
William tersenyum. Emilia yang saat itu menoleh ke arah William semacam tidak percaya. Lelaki yang selama ini dilihat seperti batu tiada perasaan. Muka ketat sentiasa. Rupanya masih ada juga hati dan perasaan. Kurang asam punya Emilia. Memang lah si William ada hati kalau tiada hati itu bukan manusia namanya.
"Kau ada kutuk aku ke dalam hati?,". Ucap William menaikkan keningnya ke arah Emilia sebelum memfokuskan pandangan kearah pemanduan.
"Eehh ehh mana ada mana ada aku cuma.. cuma pelik lelaki beku yang aku kenal sebelum ni dah jadi mat romeo rupanya eh... opsss..,". Langsung Emilia menutup mulutnya dengan kedua dua tanganya.
'Alamak terlepas kantoi la aku kutuk dia dalam hati,'. Ucap Emilia sambil mata nya dipusing kearah William melihat reaksi lelaki itu.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomantizmEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...