"Dont touch me!!!,". Jerit Emilia bila lelaki mat salleh di bahagian seat belakang disebelahnya mahu menyentuh dirinya. Maya yang sedang berada dihadapan disebelah seat pemandu gelak sakan melihat reaksi Emilia di cermin pandang belakang. "Rilex lah Red kalau u nak sangat sentuh dia, u sentuh lah dia puas puas time sampai nanti, gelojoh betullah u nih, ". Ucapan Maya itu membuat lelaki di sebelah Emilia bergelak jahat. Emilia sudah terketar ketar mendengar kata kata dari Maya. Dia tidak mampu berfikir lagi seakan buntu mengenang nasibnya sebentar sahaja lagi.
"Macam tau je kan selera i Maya, ini buatkan i makin sayang kat u nih, ". Sambung lelaki itu tidak sudah dengan gelak jahatnya. Maya hanya memutarkan sahaja bola matanya keatas. Seakan menyampah dengan kata kata Red itu yang juga merupakan orang kanan Alexander. Dulu bukan main lelaki itu asyik mengejar cintanya sambil sanggup guling ke tanah semata mata mahu mengajak dirinya keluar. Namun baru sahaja menawarkan gambar Emilia untuk dirogol tempoh hari. Laju sahaja lelaki itu mengangguk. Nampak lah kat situ lelaki itu spesies kaki kencing. Murah tabur janji manis macam capati kat kedai mamak yang hanya berada di Malaysia. Tidak macam William lelaki impianya.
"Rio, boleh u berhentikan kereta kat petrol station sekejap?, ". Red memandang Rio di pantulan cermin pandang belakang. Rio hanya mengangguk. Maya sudah mendengus kasar. Semakin lambat lah dia nak tengok perempuan di bahagian tempat duduk belakang itu diseksa. Sesampai sahaja di stesen minyak. Red bergerak ke tandas. Maya sempat memesan supaya cepat sikit. Dengan wajahnya yang sudah bertukar jadi singa lapar.
Bunyi getaran dari kocek belakang seluar slack Emilia mengejutkanya. Di pejabat selalunya dia tidak akan sesekali membiarkan nada deringannya dikuatkan. Ditukarkan nada deringanya kepada mode 'vibrate'. Tanganya yang sudah diikat di belakang agak membataskan pergerakanya. Maya yang sekejap menjeling jeling tingkahnya itu membuat dia berhati hati dalam menarik keluar telefon pintarnya dari kocek seluarnya.
Ini Emilia lah, perisik persendirian benda benda macam ni sudah menjadi makananya. Cuma nak beradu tenaga dengan anak anak buah Maya yang fizikalnya dua kali ganda dari badan dia yang kecil persis mentimun. Memang tak lah. Selalu sewaktu dia menyelesaikan misi menjadi perisik persendirian di Milando Sdn Bhd dia hanya berhadapan dengan lelaki yang berfizikal standard asia bukan yang level level mat salleh ni.
Dia melihat sikit notifikasi telefon pintarnya. Mesej dari unknown source lagi. Orang itu yang asyik menjadi peneman setianya pada saban malam bila dia rasa ingin bercerita sesuatu dan berasa sunyi. Dia membuka mesej itu. Sebelum dia memerhatikan semula keadaan takut tingkahnya yang mencuriga itu tertangkap..
"Where are u girl!, ". Pesanan itu dibaca olehnya. Rasa macam nak menangis. Macam tahu je orang itu bahawa ada kejadian buruk yang sedang berlaku terhadap dirinya. Lalu dia cuba menaip berharap orang yang tidak diketahui identitinya itu dapat selamat kan dirinya sekarang.
"Selsajmat kan sya di culik skrng sya di prtro statuion ,". Taip nya laju dibetulkan sikit ayat yang agak tunggang langgang kerana keadaanya yang agak terbatas. Menyukarkan lagi dirinya untuk menaip dengan lancar. 'Asal awak faham,'. Bisiknya dalam hati. Berharap sangat yang insan itu dapat menyelamatkan dirinya. Setelah itu dia terus membuka GPS di telefon pintarnya. Belum sempat dia mahu meletakkan semula telefon itu di kocek belakang seluar. Suara Maya mengejutkan tubuhnya. Serentak dengan itu telefon pintarnya terus terlepas dari peganganya masuk ke ruang bawah tempat duduknya.
Red yang sudah semakin menghampiri kenderaan dimarahi oleh Maya. Macam biasa telinga Red dipekakkan. "Kau nih masuk tandas ke buat tandas, kalau tak tahan sekali pun tunggu lah sampai dekat rumah kau nak buang perut kau sekali pun aku tak kisahlah!, shitt betul!, ". Maki perempuan itu. Hilang terus kecantikkan diwajahnya tika itu. Rio sudah mula mengerakkan kereta menjauh dari stesen minyak itu. Setelah diberi arahan oleh Maya.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomanceEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...