Bab 18 : Semangat ♔

114 16 6
                                    

      "Masuk..,".Katanya pada orang yang mengetuk pintu. Troll yang memakai suit bewarna peach pada pagi itu. Menampakkan lagi gaya kelakianya yang sebenar. Dia melangkah masuk dengan perlahan didalam ruang pejabat milik Emilia. Lalu mengambil duduk berhadapan Emilia. Matanya terarah tepat pada wajah gadis dihadapanya.

Direnung wajah itu seakan mencari jawapan bagi persoalan yang makin memberat di kotak fikiranya. Mulutnya yang becok itu masih terkunci. Emilia membuat muka pelik melihat reaksi sahabatnya yang tidak seperti kebiasaan.

       "Apahal pulak kau ni masuk masuk je...dalam office aku terus usha aku, rindu aku eh....,". Duga Emilia dengan satu senggihan terukir dibibirnya. Hari ini merupakan hari pertama dia melangkah kembali ke dalam syarikat JS Henry Holding's Washington. Matanya masih sembab. Sebab semalaman membazirkan air mata buat lelaki yang tidak menginginkan kehadiranya.

       "You own me an explanation Emilia Catrine.. about Encik Daniel...who are him?..did u know him before majlis kita harituh di Zurich? Tell me the truth, Emilia,". Soal Troll. Kali ini nada suaranya seakan tidak di lunakkan persis seorang wanita. Wajah Troll serius melontarkan soalan terhadap gadis itu.

       "Aku tak kenal dia...pu..,". Belum sempat Emilia menghabiskan kata katanya. Terus ia dipatahkan. "Tapi kenapa dia selamatkan kau? like he knows you before you meet him at Zurich?,". Padu soalan itu diberi seakan mahu menyerkap jarang rahsia yang disimpan rapi oleh gadis itu selama ini. Emilia makin pelik dengan sikap Troll yang seakan memaksa. Dah kenapa dengan lelaki dihadapanya ini. Lain benar karakternya tak seperti kebiasaan. Ingin sangat mengambil tahu tentang perihal lelaki yang muncul dimajlis pencalonan terbaik di Zurich Switzerland beberapa hari yang lepas. Ke Troll da jatuh hati pada lelaki yang dia cuba berusaha menghapuskan dari ingatanya tika itu. Yelah kalau Troll jatuh cinta pun bukanya ada salahnya pon kan. Memang la bagi kita ia suatu benda yang abnormal tapi tidak bagi lelaki persis sajat tapi version spain haha. Buat buat faham je la.

        "Troll please just stop it, macam aku cakap tadi..aku betul betul tak kenal Encik Danial tuh..tapi aku berterima kasih kat dia.. sebab dia lah, aku tak dimalukan dihadapan staff harituh time kes aku kene simbah dengan cat merah ...,". Emilia memandang wajah Troll mengharapkan lelaki itu memahami situasinya. Lagipun dia tak nak lah dirinya dipersoalkan lagi, takut lama kelamaan rahsia yang tersimpan rapi akhirnya bocor juga diketahui lelaki itu.

        Troll memejamkan mata. Menarik sedikit nafas sebelum menghembuskan semula dengan perlahan lahan. Matanya dibuka semula memandang kearah Emilia. Tanganya terus disilang ke dadanya yang agak kekar walaupun dia digelar sotong oleh teman teman sepejabat. Namun tubuh lelaki itu tidak seperti kebiasaan lelaki pondan diluar sana. Yang hanya tulang terisi di tubuh namun Troll masih nampak 'muscle,' di lengan kekar. Berlawanan dengan sikap yang ditonjolkan.

         "Allright i got it, jangan salah faham girl i saja je.. yelah if u tau pasal Encik Danial tuh... hee i just nak try to get in touch with him je..hmm...i really like him.. sejak dia menyanyi lagu warmness on my soul tuh.. ya ampun hati i macam dah terpaut dengan dia..,". Sotongnya kembali. Troll terlompat lompat bila mengingati kembali saat saat manis sewaktu melihat Encik Daniel mendendangkan lagu dari Evenged sevenfold siapa tak kenal kumpulan lagu lelaki itu. Lagunya itu masih tidak luput dek zaman. Masih segar memiliki peminat peminatnya yang tersendiri. Para pendengar tahun berganti tahun. Lagunya akan sentiasa hidup dan tidak hanyut dek arus baru. Emilia memutarkan bola matanya keatas. Menyampah mendengar kata kata dari mamat spain yang berada dihadapanya . Jangan nanti ditukar mamat itu jadi kucing spain baru tahu. Geram dengan sikap lelaki siluman merangkap sahabatnya itu . Dugaanya tepat lelaki itu sekadar mahu mengoda bukan ada niat lain.

        "Whatever Troll, Do what u want as long as u are happy, thats all, tetapi aku rasa Encik Daniel tuh tak da buah hati lagi lah, kalau betul tak ada, aku doakan kau la jodoh dia ye sahabat". Katanya pada lelaki siluman itu. Yang sudah membuat reaksi gediknya. Tak boleh blah betul.
"Oh my Catherine u r the only one my best besitie that i ever ever have Olla!,". Jeritnya bahagia menerima respons positif dari sahabat kesayanganya itu. Berharap apa yang diperkatakan oleh Emilia itu menjadi kenyataan. Tapi tidak bagi Emilia dia mengejek Encik Daniel yang diperagung agungkan oleh Troll. Sahaja dia rekomen kan biar padan muka si Encik Daniel tu sedar diri sikit.

NADA RINDU ♔Where stories live. Discover now