Bab 26 : Dark crimes ♔

75 9 0
                                    

📌
((AMARAN TERDAPAT BABAK KEKERASAN DAN KEKEJAMAN DI EPISODE INI ))
.
.
Alexander memandang hamparan langit biru diluar kaca cermin bangunan hospital dimana dia ditempatkan. Dia mengimbau kembali kenangan dimana bermulanya kejahatan yang mula merenggut segala kewarasanya.

Kenangan lampau..

"Adell tak salah abang...Adell tak tahu.. siapa nii....Adell tak tahu..,". Belum sempat Adell menghabiskan patah bicaranya pantas tangan sasa milik Alexander menampar kuat pipi mulus milik Adell Avelyn.

"Kau tahu tak apa yang kauuu buattt niii betinaaaaaa, kauuu hancurkannnn segala galanyaaa!!!!,". Jerit Alexander lantang.

Tubuh Adell yang tidak berbaju makin menambahkan api didalam hatinya. Lelaki yang tidur disebelah isterinya tadi sudah mati ditembak olehnya.

Mata Adell sudah dibanjiri air mata takut melihat keadaan suaminya yang menembak mati lelaki yang entah mana datang tidur disebelahnya pagi itu. Yang paling dia takuti bila melihat tubuhnya langsung tidak mempunyai seurat benang. Terasa pijar pipinya bila di tampar oleh Alexander. Tanganya melekap disitu menahan perit. Bibirnya seakan mengeluarkan cecair pekat. Darah.

"Kau memang tak guna aku percaya kau mati mati aku tinggalkan nama aku semata mata nak miliki kau, tapi ini kau bagi kat aku! Dasar sundal!,". Rambut Adell ditarik makin kuat. Tersentap Adell disitu. Terasa kulit kepalanya mahu tercabut. Mata Alexander dijegilkan kepada wanita itu. Amarahnya dilepaskan.

Terkejut dirinya bila dia pulang dari Perth atas urusan syarikat. Sesampai sahaja dirinya di teratak agam miliknya dia melihat isterinya curang dengan lelaki lain dihadapan matanya sendiri.

Patut la dia berasa tidak sedap hati saat mahu melangkah masuk kedalam rumah itu. Langkah diaturkan perlahan kebilik William satu satu anak yang dimiliki olehnya bersama Adell. Bila penat memanggil manggil nama isterinya yang masih tiada bersahut.

Kelihatan William masih nyenyak tidur disitu. Lega sedikit hatinya dengan tubuhnya yang kepenatan
'jet lag' mungkin. Namun ia hanya sementara bila melihat wajah putera sulungnya itu William. Sayangnya pada anaknya itu tiada tolok bandingnya. Saat segalanya yang William ingin laju sahaja dia tunaikan termasuk isteri kesayangannya Adell Avelyn.

Alexander berasa pelik. Selalunya bila sekali je dia menyeru nama isterinya pantas sahaja wanita itu muncul menyambutnya pulang. Namun hari ini seakan tidak seperti kebiasaan. Mungkin isterinya penat kut. Fikirnya. Dia berjalan kearah kamar beradunya bersama Adell.

Perlahan tombol pintu dipulas bila dia sudah berada dihadapan master bedroom miliknya bersama Adell. Entah kenapa jantungnya berlagu rancak bila hampir separuh membuka pintu tersebut. Dia melihat dua susuk tubuh sedang nyenyak tidur diatas katil. Matanya membulat. Langkahnya terkaku disitu. Sebelum dia pantas membuka pintu dan menyambar insan yang sedang baring disebelah isterinya.

Dipukul teruk lelaki yang berada disebelah isterinya. Sehingga dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar dari arah belakang. Sebelum satu tembakan dilepaskan kearah kepala lelaki itu. Adell juga terus terbangun. Terasa mamai sekejap. Pening dan berat. Sebelum dia memperjelaskan bola penglihatan. Untuk memastikan sama ada yang sedang dilihatnya tika itu realiti atau sekadar mainan tidurnya.

"Abang..please.. im begging u.. seriously... i dont know what happends...,". Tangisanya langsung tidak meruntuhkan amarah Alexander. Buat pertama kalinya didalam hidup Adell Avelyn melihat amarah suaminya Alexander. Berbeza betul sikap Alexander tika itu. Lagi lagi dia melihat suaminya membunuh dengan kedua dua matanya sendiri.

Ia membuktikan kata kata suaminya sebelum ini. Lelaki itu pernah memberitahunya bahwa dia memiliki darah dari ahli keluarga mafia. Dan bakal memiliki takhta dunia gelap itu. Namun Alexander tidak mahu meneruskan legasi keluarga itu kerana mahu menjadi suaminya dan membesarkan William seperti orang kebiasaan diluar sana.

NADA RINDU ♔Where stories live. Discover now