Bab 38: William X Emillia ♔

375 7 0
                                    

(Attention for my beloved reader: A BIT CHEESY, READ BY YOUR OWN RISK)
.
.
Setelah penat seharian menjadi raja sehari. Emilia mengambil tuala yang dibawa didalam bagasi. Kelihatan kelibat William tidak berada disitu.

"Line clear,". Emilia tersenggih.

Pantas dia membuka langkah untuk masuk kedalam bilik mandi yang berada didalam bilik William di rumah agam milik Tengku Fatimah.

Rasa segar sekejap bila seluruh tubuhnya dimulai dari kepala. Disirami pancuran air didalam bilik mandi tersebut. Setelah selesai semua dia memandang cermin bilik air.

"Apa nak jadi malam ni eh?, nak aku tidur luar rumah ke?,". Fikir Emilia seram sejuk bila memikirkan lelaki itu. Dah lah sewaktu dimajlis lelaki itu tak puas menyakatnya. Syaitan betul. Nak bayar hutang lah apa lah.

Secara tiba tiba ingatanya terimbau saat William mencium bibirnya buat pertama kali. Kehangatan bibir lelaki itu seperti baru lagi menyinggah di bibir.

"Ya tuhannn apa yang akuuu fikiirrrr niii gatallll,". Jerit Emilia menampar sedikit pipinya. Dia mencuba  mencari nafas mengaturkan pernafasannya silap silap ada yang lemas didalam bilik air ni.

"Hey! Kenapa tuh?, Emilia? Are u okay?,". Suara William yang panik dari luar mungkin terdengar jeritan Emilia tadi. Membuatkan Emilia sedikit kaget disitu. Emilia mengacip giginya. Mahu terkeluar jantungnya saat itu.

"Alamak si rimau dah datang... mana aku nak menyorok ni,". Ucap Emilia. Namun dia cuba menenang kan diri.

"Takkan ada apa apa yang terjadi yee... rileks...,". Ditarik nafas dan hembus, ditarik lagi nafas sedalam dalamnya dan hembus.

Pantas langkah perlahan dibawa membuka pintu bilik air. Terlihatlah wajah si harimau yang sedang risau dipintu masuk bilik air.

"Kenapa apa yang kau jeritkan tadi, terkejut aku, apa yang gatal? Badan kau ada kena kayap ke? Mari sini aku check,". Ucap William. Dibelek belek tubuh Emilia yang berbalut dengan tuala.

Emilia yang terpusing pusing tanpa rela. Sambil memegang kemas tuala yang menutupi tubuhnya itu. Cuba memberhentikan William. Naya terlucut tuala ni karang. Sia sia kena baham dengan si harimau gatal depan dia ni ha.

"Berhenti lah,". Ucap Emilia. Pening kepala dia dibuatnya.

Saat itu William pun memberhentikan perbuatanya.

"Ke... nak aku lucut tuala kau ni?, lagi mudah aku nak cari kayapnya kat mana". Ucap William.

Terbuntang mata Emilia. Kelihatan William mahu menyentuh tubuhnya semula. Emilia yang panik mahu menjerit. Pantas saat itu William menekup mulut Emilia. Dan batang tubuh bahagian belakang Emilia tersandar di almari milik William.

"Nak jerit jerit boleh tunggu kat rumah kita ye.. bukan rumah bonda ye...,". Ucap William. Sepasang mata hazel lelaki itu memandang tepat anak mata indah milik Emilia. Entah kenapa hati lelakinya saat itu tidak mampu menahan lagi. Emilia seakan mengodanya. Aroma sabun mandi ditubuh. Dan shampoo rambut Emilia. Membuatkan William khayal.

Sebelum ini sewaktu Emilia bermalam bersamanya dikelab malam dahulu. Dia melepaskan Emilia walaupun saat itu dia sudah tergoda. Memikirkan hubungan mereka yang masih belum halal. Maka dicuba buang jauh jauh fikiran kotornya. Tapi tidak sekarang. Perempuan dihadapanya ini sudah sah menjadi hak miliknya sepenuhnya.

Perlahan William mengalihkan tanganya dimulut Emilia. Bibir Emilia direnung.

"Siapa suruh kau goda aku..,". Ucap William. Suaranya melemahkan Emilia yang disaat itu merasakan sesuatu perasan sensual. Bukan main dia tadi mahu lari dari si harimau gatal yang berada dihadapanya ini. Ini apa cerita. Emilia. Dia pun nak bertukar jadi kucing gatal juga nampaknya.

NADA RINDU ♔Where stories live. Discover now