📌
((AMARAN TERDAPAT BABAK KEKERASAN DAN KEKEJAMAN DI EPISODE INI ))
.
.
Kenangan lampau...
.
.
"Papa... jangann, tolong papa jangan buat mama macam tu, William mohon sangat sangat... tolong jangan bunuh mama...,". Jerit William bersungguh sungguh merayu. Kelihatan ibunya mengesot dilantai mencuba mendekatkan lagi jarak yang menjadi jurang diantara mereka. Dirinya yang pada waktu itu berusi 8 tahun, berdiri di hadapan pintu utama rumah agam milik ayahnya Alexander.Terpancar sinar kegembiraan diwajah ibunya Adell Evelyn walaupun kelihatan comot sedikit dan seperti kesakitan menahan lelah. Bila melihat satu satu anak yang dia miliki. Yang amat dirinduinya sepanjang hari sudah berada dihadapan mata. Terubat sedikit rindu di dalam hatinya. Hanya allah sahaja yang tahu betapa seksanya menanggung rindu. Pabila dia tidak lansung diberi peluang untuk balik bertemu satu satu anak bujangnya yang sorang itu.
"Sayang...mama..dah balik.. dah ni.. mari sini peluk mama ". Senyuman cantik terukir dibibir Adell. Berselang seli dengan air mata yang tidak henti mengalir ditubir matanya. Dia tidak kisah bila diseksa oleh Alexander sewaktu di rumah pelacuran dipukul dirogol dengan semua tetamu vvip yang sering datang ke tempat hina itu hanya kerana fitnah yang dipercai bulat bulat oleh Akexander.Tanpa usul periksa.
Kalau diikutkan orang lain yang berada di situasinya saat itu pasti sudah mencari cara untuk segera menamatkan kesakitan dan derita yang dirasai dengan membunuh diri sendiri. Atau sudah hilang rasa untuk hidup seakan hancur perasaannya. Menjadi mayat hidup. Hidup diluar mati didalam.
Tetapi tidak bagi Adell Avelyn. Selagi William masih bernyawa selagi itu lah. Dia kena terus bernafas , hidup di dunia ini. Dia perlu kuat. Tak putus asa. Demi melihat putera sulungnya itu membesar dihadapan matanya.
Tapi lemahnya dia pabila langsung tidak diberi kesempatan bertemu dengan putera sulungnya William. Dia seakan hilang arah. Kejam sungguh suaminya memperlakukan dia sebegitu. Memenjara dirinya didalam rumah pelacuran. Dan melayani nya tak ubah seperti sampah. Ditolak sana ditolak sini. Melayan sana melayan sini dipukul diseksa. Dihina. Kesakitan yang dirasainya sudah tidak tertanggung hanya satu sahaja pengubatnya iaitu dengan melihat anaknya bertemu sekejap pun jadilah. Cukup memberikan dia kekuatan semula. Menyedarkan dia untuk kuat untuk teruskan kehidupan malangnya itu. Hanya itu sahaja kekuatan yang tersisa yang dia memiliki.
"Aku kata berhenti!!! jangan bergerak!!!,". Jerit Alexander.
Dia berasa tercabar bila Marliana tidak lagi mahu mendengar ugutanya tadi. Anak anak buahnya yang lain hanya menjadi pemerhati dari belakang tubuh Alexander. Alexander sudah memberi arahan kepada mereka semua agar tidak ikut campur urusanya tika itu. Dia membetulkan sedikit sarung tangan hitam yang berada di kedua dua tanganya. Sebelum pucuk revolver yang berada di tangan kananya di acukan lebih dekat kearah kepala Adell semula.
Sedari tadi dirumah pelacuran dia mengetahui Adell hilang adalah dari salah seorang petugas yang bekerja disitu memberitahu dirinya. Lantas tanpa fikir panjang dia terus menyisip senjata api di kocek belakang seluar hitamnya lalu mematikan sebatang cerut dibibirnya. Sebelum dia memanggil anak anak buahnya untuk membuntuti langkahnya. Dia tahu dimana destinasi yang mahu dituju oleh Adel. Mana lagi kalau bukan rumah agam tempat dimana dia tinggal. Kerana di situ ada William. Dia tahu yang isterinya sering kali merayu kepadanya untuk berjumpa dengan William. Namun saat itu juga isterinya ditendang dipukul tanpa belas.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomanceEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...