Bab 30 : Prisoner ♔

70 9 0
                                    

Maya memandang tahanannya itu.

'Degil!.'. Bisiknya geram.

Geram bila melihat Tengku Fatimah langsung tidak mahu membuka mulut bila anak buahnya mahu menyuap makanan mengunakan sudu plastik yang sudah tersedia. Anak buahnya memberi tahu bahawa sejak hari pertama mereka menculik wanita separuh abad itu langsung tidak mahu menjamah apa apa. Hanya air sahaja yang diminum itu pun tak banyak.

"Hey orang tua kalau kau nak mati sangat tunggu William datang lah!,". Marah Maya.

Air mata Tengku Fatimah yang entah keberapa kalinya jatuh sudah tidak terhintung membasahi kembali pipi tuanya. Dia beristighfar didalam hatinya beberapa kali dan membaca surah bagi meraih kekuatan yang ada. Tubuhnya lemah. Mungkin sebab tidak makan.

Dia mahu makan tapi tiada selera kerana situasi yang dihadapinya tika itu. Hatinya meronta mahu mengetahui siapa yang menculik dirinya. Adakah Alexander. Tapi muka ayah kandung Carl Zafran itu langsung tidak kelihatan yang dilihat hanya wanita kurang ajar yang berada dihadapanya dan seorang lagi lelaki yang entah tidak tahu siapa namanya. Bermata biru. Orang bawahan yang berada di situ memanggil lelaki itu Tyson. Itu yang dapat ditangkap oleh halwa pendengaranya semenjak berada disitu.

"Makan!,". Tekan suara garau milik lelaki bertubuh tegap berpakaian tshirt bewarna hitam itu. Yang merupakan anak buah Tyson.

Tengku Fatimah cuba membuka mulut. Dia mahu bertemu dengan William dia tidak mahu riwayatnya berakhir di situ. Dia memang sangat merindui anak angkatnya iaitu Carl Zafran dan sekarang di panggil William Alexander. Hampir separuh jiwanya terbang saat Alexander mengambil semula anak kandungnya itu semula.

"Haaa.. Tahu pon kau nak makan, nak kena aku muncul baru kau makan ke macam mana, mengada betul, tak sedar diri, da tua kerepot perangai masih nak buat macam budak budak,". Amuk Maya. Langsung tiada sekelumit perasaan hormat kepada orang yang berada dihadapanya Tengku Fatimah. Ini kalau mak orang kat luar sana nampak ni 'comfirm' tolak nak jadi menantu anak diaorang padan muka kau.

Sikap biadap Maya langsung tidak diambil hati oleh Tengku Fatimah. Dia hanya hanyut dalam mimikirkan keselamatan anak angkatnya William Alexander. Kata mereka disitu bila bila masa William akan muncul mencari dirinya. Dia mengharapkan sinar dari kata kata mereka. Memang itu lah yang sangat dimahukan tapi dalam masa yang sama dia takut mereka yang berada disitu akan mengapa apa kan William.

'Ya allah selamatkan lah anak aku Carl Zafran dari sebarang bencana dan mara bahaya...,'. Tidak henti hentinya dia berdoa dalam hati keatas keselamatan anak angkat yang tidak ubah seperti anak kandungnya sendiri.

Kehadiran seseorang dipintu masuk rumah kayu itu mematikan sekejap kunyahan di mulut Tengku Fatimah. Sebelum dipaksa makan semula oleh lelaki yang menyuapkan makanan dihadapan. Lelaki itu menjenggilkan bola mata tajam kearah Tengku Fatimah. Menyuruhnya agar cepat menelan makanan dimulut sebelum dia menyuapkan kembali makanan baru yang berada didalam polisterin.

Tyson bersama Christian orang kuatnya memasuki rumah kayu usang yang berada di Pulau Dayang terletak di Johor. Itulah lokasi yang sesuai bagi menyorok tahanannya. Kerana tempat nya yang tersorok dan privasi. Jauh dari pandangan orang ramai.

 Jauh dari pandangan orang ramai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NADA RINDU ♔Where stories live. Discover now