Ruang bilik kecil itu hanya ditemani dengan lampu limpah menerangi dua susuk tubuh tegap yang berada didalam bersama sebuah meja ditengah menjadi penghalang kedudukan mereka. Tyson bermain main dengan pisau lipat dikedua dua tanganya. Tubuh kekarnya tersandar pada batang kerusi kayu dalam ruang bilik gelap itu hanya ditemani lampu limpah ditengah bilik.
"Like i said.. Christian...Encik Daniel time majlis di Zurich hari tuh memang anak orang tua keparat uh,...William Alexander,". Katanya dengan segaris senyuman sinis bergayut pada bibirnya. Lagaknya tak ubah seperti samseng samseng mafia ala Sepanyol.
Christian anak kepada Machate Rolex orang kanan keluarga Fernandez hanya mengiyakan sahaja kata Tyson. Dia setia berada disisi Tyson sama seperti ayahnya Machate yang juga terkorban dalam insiden yang meragut nyawa semua ahli keluarga majikanya Fernandez.
Christian telah dipertanggungjawab kan oleh ayahnya untuk membawa lari Tyson tanpa pengetahuan pihak musuh sebelum ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir apabila terkena satu bidikan perluru yang dilancarkan oleh pihak musuh.
Setelah itu dia tekad untuk melindungi Tyson Fernandez seperti yang diamanahkan oleh ayahnya. Dia juga memasang dendam sama seperti anak majikanya Tyson Fernandez yang juga menjadi saksi peristiwa berdarah beberapa tahun yang lalu.
Seorang kanak kanak yang telah kehilangan semua anggota keluarganya sewaktu di majlis pertabalan kuasa ayah Tyson, Fernandez sebagai ketua gangster, kongsi gelap serta mafia di Rio Grande do Norte, Brazil.
"We will see how far this game will go.,". Katanya sambil bermain main dengan senjata tajam yang berada di tangan kananya.
Dipusing pusing pisau lipat mengikut arah jam, selari dengan pemikiranya yang sarat dengan dendam yang sudah tidak mampu dibendung lagi. Mata biru miliknya diarahkan pada wajah Christian. Sebelum kembali merenung pisau itu. Senyuman sinis masih setia menghiasi pada raut wajah kacaknya .
Kejadian berpuluh tahun yang lalu cukup membuatkan dia benci dengan insan yang bernama Alexander. Dendamnya masih kekal subur didalam hati pabila melihat satu persatu nyawa insan yang paling dia sayangi hilang macam itu sahaja dihadapan matanya. Melalui sepucuk revolver yang dilancarkan oleh Alexander bersama konco-konconya. 25 tahun yang lepas.
Majlis suci itu terus dibanjiri dengan warna merah memercik di merata tempat. Seakan orang yang membaling belon berisi air yang bewarna merah. Membanjiri disegenap ruanggan tempat majlis itu diadakan. Darah hanyir insan insan yang tidak berdosa juga tidak terlepas dari terkena serangan yang tiada belas dilancarkan oleh lelaki durjana itu siapa lagi kalau bukan Alexander. Tiada satu nyawa pun tinggal dan tidak terlepas dari serangan Alexander bersama orang orangnya.
Kalau tidak kerana Christian yang membawanya keluar dari ruang bangunan tersebut mungkin nyawanya juga sama melayang seperti yang lain.
Mereka terpaksa menaiki bot peribadi milik keluarga Fernandez di pelabuhan yang kedudukanya agak jauh sedikit dari majlis itu, bagi menggelakkan dari dikesan dan dihidu oleh anak anak buah Alexander.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomanceEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...