👉Credit for reader kesayangan sis sekalian👉 open that song dan bayangkan yang lelaki itu adalah WILLIAM ALEXANDER ♔dan perempuan tu pula adalah EMILIA CATRINE♔
👉 Bonus untuk semua para reader saya yang saya kasihi♔Emilia memandang dada langit yang hanya ditemani cahaya bulan dan bintang. Fikiranya menerawang entah kemana. sambil dagunya ditongkatkan pada besi beranda diluar apartmentnya di tingkat 17 itu.
"Iam truly sorry for putting all the blame on u my meat..give me time to fix everything after that i will explain what actually happened," - WA
"What he means?...did he...love me?...,". Duganya. Wajahnya diangkat dari terus didongak memandang dada langit. Entah lah. Tiada jawapan buat segala persoalanya. Tubuhnya dipeluk perlahan merasai kesejukan malam yang mula menusuk hingga ketulang. Tangan kananya diangkat pula mengusap dahinya. Seakan terasa kembali kehangatan bibir lelaki beku itu disitu. Merah sekejap mukanya.
Bila fikiranya menerawang memikirkan bait bicara wanita yang meranapkan mimpinya. Terhenti sekejap perbuatanya mengosok dahi luas miliknya, lantas tanganya itu kembali semula memeluk batang tubuhnya.
"Tapi kenapa Maya kata William bakal suaminya?...apa yang terjadi sebenarnya?,". Kusut pulak fikiranya. Dibawa langkahnya masuk kedalam apartment. Hatinya puas memikirkan tindakannya terhadap Maya tengahari tadi.
'Padan muka dia,'.Ejeknya didalam hati.
Didudukkan pinggulnya pada sofa empuk di ruang tamu apartmentnya. Jarinya mula menaik kembali memegang dahi luasnya semula macam nak jadi satu kebiasaan pulak di buatnya. Kebiasaan baru mungkin bak kata omputih 'bad habit'.
"Warghhhhhhh...apa yangg aku fikir kan ni!,". Kedua dua pipinya ditepuk. Pipinya memerah lagi. Dia tidak mampu memproseskan fikirannya, bila mengingat kembali kehangatan bibir William yang terlekat di dahinya tengahari tadi.
"Apalah yang di fikirkan William tika itu..,". Bisiknya. Kedua tangannya dibawa ke dadanya. Dimana degupan jantung hangat terasa disitu. Iya seakan membisikkan sesuatu perasaan. Rindu.
Sedang dia leka dengan perasaan. Dia teringat akan sesuatu. hari terakhir dia bekerja semalam, bagi minggu lepas dia ada mengambil satu mahupun dua fail yang berkaitan dengan pembunuhan misteri yang masih tidak terungkai lagi kes tersebut dibeberapa negara termasuk Malaysia. Dan yang menarik minatnya nama Alexander ada terselit disitu.
Perlahan dia kembali di sudut meja di ruang biliknya. Perlahan dia tersenyum terpandangkan bunga lily putih yang berada di sisinya terletak elok disitu sebelum memfokuskan pemikiranya semula kearah fail yang berada dihadapan matanya.
Emilia mengangkat kedua tanganya kebelakang untuk mengikat rambutnya yang panjang berbentuk 'hair bun'.
Di meja itu la dia sentiasa mengerjakan tugasan yang dibawa pulang dari syarikat. Perlahan dia mengambil fail yang berada dibawah meja. Fail itu sulit hanya pekerja di dalam syarikat sahaja dibenarkan menyelidik sebab ia sebahagian dari tugas mereka termasuk Emilia. Namun harus dijaga dan dipulangkan semula.
Setiap fail mempunyai tarikh. Diawalnya dia cuba membelek fail yang paling terkini dan dia ternampak nama Tiger . Namun nama William Alexander tidak pulak dia jumpa hanya gelaranya sahaja. Dia membaca satu persatu informasi baru bagi dirinya. Tiger anak kepada Alexander kembali untuk mengengam takhta, mengantikan tampuk pemerintahan Alexander sebagai ketua penjenayah digeruni dunia. Setelah lama dia menghilangkan diri,kerna di usia muda dia telah menyaksikan peristiwa dimana ibu kandungnya sendiri mati ditangan Alexander iaitu ayah kandungnya dihadapan mata.
Emilia menghentikan bacaannya bila tiba di hujung coretan terakhir di fail tersebut yang menceritakan segala jenayah yang pernah dilakukan oleh Tiger aka William terhadap mangsa mangsanya . Akhirnya dia tahu dimana ibu kandung Wililam. Bukan dimana tapi memang tiada. Sudah tiada didunia. Rasa kasihan dia terhadap lelaki itu semakin menebal. Lantas dia membuka fail fail yang lain namun hanya bercerita pasal jenayah yang dilakukan oleh Alexander dan selebihnya tiada lagi terselit panggilan Tiger di kesemua fail yang berada dihadapanya.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomantizmEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...