Sunyi. Suasana kekok menyelubungi mereka yang berada didalam perut kereta. William kelihatan fokus didalam pemanduan. Manakala Emilia menghamparkan pandanganya kearah luar cermin pacuan empat roda yang dipandu oleh William. Iaitu Bugatti edisi tunggal La Voiture Noire.
(Bugatti edisi tunggal La Voiture Noire)
William telah menawarkan diri kepada Emilia untuk menghantarkan gadis itu pulang ke apartment dari gudang yang bertempat di Olympia, Washington. Emilia hanya menurut sahaja. William telah menyuruh anak buahnya untuk menyediakan sebiji kereta. Kerana dia mahu sendirian menghantar gadis itu.
Satu kereta mengekori kereta yang dipandu oleh William dari arah belakang, iaitu kereta anak buahnya. Sekadar memastikan keselamatan William terjamin.
Garang kereta mewah yang dipandu oleh William membelah lebuh raya. Mereka yang berada didalam perut kereta berpura pura menyibukkan diri sedangkan dalam masa yang sama masing masing mencari perkataan yang sesuai bagi memulakan perbualan. Bagi dapat memecahkan kesunyiaan yang berada diantara mereka. Yalah buat pertama kalinya mereka berada disituasi berdua seperti ini didalam kereta.
Semua salah author la yang buat. Dia la kan yang buat cerita ni. Tak pernah sekali pun nak bagi can mereka berdating berdua duaan. Asyik asyik jumpa tak sampai beberapa minit yang sorang da tidur. Yang sorang lagi dah lari. Yang sorang da kena tarik dengan watak antoganis. Okay okay berbalik kepada story line karang tak pasal pasal ceritanya tak habis membebel author pulak yang da boleh jadi satu muka buku, enjoy ur reading hehe sorry terselit sekejap 🤣📄
"Urmm... macam mana awak tahu yang saya ada dekat gudang tu?.".
"Urmm... awak da makan?,".
Kesunyian yang merimaskan terpecah juga akhirnya. Tetapi kedua duanya mengutarakan soalan dalam saat yang sama. Emilia menghabiskan bicaranya dalam keadaan lemah bila terasa dia memutarkan soalan pada situasi yang tidak tepat. Senada dibuatnya. Bersama dengan William.
Dua suara bergabung menjadi satu. Mata mereka saling bertentangan. Emilia menepuk lengan kiri William yang terpaut di stereng kereta itu. Sekaligus menyedarkan lelaki itu untuk fokus pada pemanduannya. Gila tak nak fokus duduk asyik pandang mata Emilia tak pasal pasal terhumban masuk parit besar sebelah lebuh raya. Naya kau.
William menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dan mengeleng geleng kan kepalanya merungut.
"Damn..,". Dengan nada yang perlahan. Emilia pulak menutup mulutnya sambil melihat kearah luar tingkap. Kesal dengan apa yang baru terjadi. Dan tetiba Emilia tidak mampu menahan tawanya. Wajahnya dipusing mencari wajah lelaki itu.Lelaki itu pun seakan mengelak dari dilihat oleh Emilia. Bahu kekar milik William seakan terhenjut. Kantoi.
"Nak ketawa tu ketawa jelah tak payah nak sembunyi sembunyi..,". Balas Emilia yang masih dengan gelaknya.
"Mana ada,". Sangkal William serious. Serious lah sangat. Nampak sangat dibuat buatnya. William batuk batuk kecil. Cuba menghilangkan kelucuan di tangkai hatinya. Emilia menjeling William setelah dia habis melepaskan tawanya.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomanceEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...