Bab 4 : Rawan♔

362 18 0
                                    

    "Abang Am kenapa termenung, pelik Qila tengok Abang. Sejak balik tadi lagi..bila Qila tegur abang buat derk je...merajuk lah macam nih..., ". Qila membuat kerutan didahi seakan merajuk. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Ilham. Sambil menatap air didalam kolam renang yang sudah menenggelamkan sedikit kakinya . Kedua dua kakinya cuba mencapai air yang berada didalam kolam itu bersama limpahan cahaya bulan menemani suasana tenang mereka tika itu. Tenang bagi Syakila tapi aura negatif dari abangnya itu turut dirasakan oleh Syakila sekaligus bertukar risau bila melihat keadaan abangnya yang seakan meratap sesuatu.

Ilham menoleh sekilas kearah Syakila sebelum menyambung semula renunganya pada air didasar kolam tersebut. Air itu kelihatan jernih kosong tiada yang mencemarkan sifat semulajadi jisim cecair itu. Timbul sedikit perasaan cemburu dengan ketenangan yang menjadi refleksi pada sifat semulajadi air didalam kolam tersebut. Hatinya yang sakit itu seakan mahu mencari sedikit sinar. Menguraikan sedikit kekusutan serta bebanan yang berada didalam hatinya. Dia menghela nafas berat. Apa patut dia lakukan. Soalnya perlahan.

"Papa dah balik Qila?, ". Katanya seakan mahu mengelak dengan pertanyaan adik kesayangannya itu tadi. Qila hanya menganguk. Tengku Rashid yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Diraja Malaysia. Yang telah bersara selama tiga bulan dari tugasnya . Dia sekarang banyak melibatkan diri serta menghadiri sebarang bentuk persatuan kemasyarakatan untuk lebih menceburi diri dalam bidang politik pula kini.

Dengan usia yang sudah senja sebegini ingin sahaja dia kekal berkurung didalam rumah bersama isterinya. Namun impianya sudah sebulan terkubur. Semenjak peristiwa dimana isterinya koma terlantar dihospital sebulan yang lepas akibat jatuh dari tangga rumah agam miliknya itu.

Dia bungkam sekarang seakan mencari semangat dari terus tengelam dalam kesedihanya. Dia memilih untuk menyibukkan dirinya dalam segala hal yang melibatkan tentang permasalahan negara serta memperjuangkan hak hak kemasyarakatan di bumi Malaysia. Mungkin dengan ini dia dapat mengumpul semula semangat yang hilang dengan menyumbangkan tenaga tuanya berbakti kepada kedaulatan negara tercinta.

"Masa papa balik tadi..Qila ada ajak papa makan, tapi papa tolak katanya dah makan dengan kawannya diluar, hurm..baguslah papa dah boleh terima yang mama.., ". Hati kecil nya seakan tak mampu menyuarakan kenyataan itu. Saat itu bahu Qila terus dipeluk Ilham. Bahu inilah yang telah menjadi peneman tiga bulan yang lepas menyalur kekuatan untuknya saat kepergian mamanya yang tercinta.

Saat mamanya mahu menghembuskan nafas buat kali yang terakhir. Ilham sempat kembali ke tanah air melihat keberangkatan mamanya ke rahmatullah. Walaupun waktu itu dirinya sangat sibuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan akhir dengan asyik berkencan dengan Helena. Namun ia bukan satu alasan baginya untuk tidak menghadirkan diri menjawab peperiksaan akhir itu dengan baik.

Walaupun kepergian ibunya itu seakan meragut segala galanya dalam jiwa milik Jefry Ilham. Namun dikuatkan juga semangat hatinya demi Syakila. Dalam masa yang sama Carl Zafran merangkap sahabat baiknya itu demi sedikit menyalurkan sedikit kata kata semangat kepadanya. Untuk terus berdiri fokus menghadapi peperiksaan yang bakal menjadi titik perubahan didalam hidupnya. Alhamdulillah dia dapat menjawab peperiksaan akhir dengan tenang dan cemerlang.

"Qila kene kuat untuk papa untuk abang untuk keluarga kita, tak mahu difikikan lagi perihal duka yang lepas, kalau Qila sedih nanti mama kat atas dua kali ganda, makin sedih tahu melihat princess kesayangan ibu seorang nih asyik berduka terus..," satu ciuman lembut singgah diubun ubun Syakila. Dia hanya mengangguk mendengar patah bicara abang nya. Sedikit sebanyak dapat merawat hatinya yang masih berduka dengan kepergiaan bonda tercinta.

Air mata yang sudah sedia bertangkung ditahan tahan kan kembali. 'Aku kene kuat,'. Bisiknya.

'Kuat macam abang Am ,'. Sambungnya lagi.

NADA RINDU ♔Where stories live. Discover now